CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2134|Reply: 8

"Saya Masih Belajar..." - Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Jaga Dua Ca

[Copy link]
Post time 25-7-2021 12:30 AM | Show all posts |Read mode
"Saya Masih Belajar..." - Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Jaga Dua Cahaya Mata
Semoga Aafiyah dan Afwa membesar dengan baik dan sihat...
Asraf Aided
Sat Jul 24 2021


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi pengalaman menjaga dua cahaya mata.

Menurut Siti yang baru melahirkan anak kedua, Muhammad Afwa tiga bulan lalu, masih banyak perkara untuk dipelajari dalam urusan membesarkan anak-anaknya.

"Saya sangat bersyukur kerana diberi rezeki oleh Allah SWT untuk bergelar seorang ibu, meskipun agak terlambat saya dikurniakan zuriat, tetapi saya gembira.

"Bercakap soal menjaga anak-anak, saya masih lagi dalam proses belajar, mereka pun masih kecil dan saya baru beberapa tahun bergelar ibu," katanya.

Siti berkata demikian dalam sidang media yang diadakan secara virtual anjuran jenama produk yang diusahakannya, BeauSiti sebentar tadi.

Dalam pada itu, Siti akui bukan mudah menjalankan tanggungjawab seorang ibu diikuti kesibukan kerjaya dan perniagaan.

"Jadi seorang ibu yang berkerjaya bukanlah satu perkara mudah, kita kena fikirkan tanggungjawab sebagai ibu, suri rumah dan pada masa yang sama, pelbagai hal kerja dan perniagaan.

"Insya-Allah, saya mahu jadi seorang ibu yang baik, antara tips yang penting untuk mereka di luar sana, kita haruslah sentiasa sabar dan bersyukur dengan segala kurniaan Allah SWT," katanya lagi.

Sekadar info, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.

Muhammad Afwa pula dilahirkan pada 17 April lalu di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2021 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Hermmm  ngantuk. Baca tajukje
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Aaafiyyah dh mcm muka puteri balqis masa kecik ....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 05:04 AM From the mobile phone | Show all posts
moga berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 05:33 AM | Show all posts
urmm ok... tokti sejak2 ni tak habis2 berita pasal anak pasal anak jah... langgar sop haritu pun pasal anak jugak...

haiyooo dia ni penyanyi ke cikgu nursery...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Belajar lg kee. Org berduit ni bg org lain buat jela
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2021 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ade pengasuh ke? So anak2 lebih dgn pengasuh la kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
walaupun iols minat siti tp benang ni terlalu sgt la menguap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2021 11:25 PM | Show all posts
Sejak dapatanak elaki ni...jarang sangat dia nak up kan citer Tok K...kesian TokK..terpinggir aja.
BTW dia dah ambik vaksinke? Sebab dia tak nak post apa2 pasal vaksin dia. Dia dapat saing2 cik minah sayang ke? Sungguh kayangan la dia kan....
Kalau rasa diri tu masih belajar...goodluck la ye.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 3051 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.100932 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list