CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2218|Reply: 28

[Tempatan] lebih ramai lelaki berbanding wanita di malaysia!

  [Copy link]
Post time 11-8-2021 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Penduduk Malaysia bagi suku kedua tahun ini meningkat kepada 32.66 juta orang iaitu peningkatan 0.2 peratus berbanding suku tahun kedua tahun sebelumnya (32.58 juta).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, jumlah penduduk itu merangkumi 29.96 juta orang (91.8 peratus) warganegara dan 2.69 juta orang (8.2 peratus) bukan warganegara.


Beliau berkata, komposisi penduduk bukan warganegara menurun daripada 8.9 peratus pada suku tahun kedua 2020 kepada 8.2 peratus pada suku tahun kedua tahun ini.

"Penurunan ini adalah selari dengan penutupan pintu sempadan negara dan pergerakan pulang warga asing ke negara masing-masing berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia," katanya tadi.

Menurutnya, data penduduk itu adalah berasaskan kepada Banci Penduduk dan Perumahan 2010, pertambahan semula jadi kelahiran dan kematian dan migrasi bersih sebelum disemak semula selepas hasil dapatan Banci Malaysia 2020 diperoleh.

Mohd. Uzir berkata, pada suku tahun kedua ini, penduduk lelaki (16.77 juta) melebihi penduduk perempuan (15.88 juta) manakala, nisbah jantina penduduk adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Katanya, penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 2.29 juta kepada 2.4 juta bagi tempoh sama.

"Trend ini selari dengan negara-negara maju yang menuju ke arah penuaan penduduk," katanya.

Mohd. Uzir berkata, tiga negeri yang mencatatkan komposisi penduduk tertinggi pada suku tahun kedua ini ialah Selangor (20.1 peratus) diikuti oleh Sabah (11.7 peratus) dan Johor (11.6 peratus). Manakala, Labuan dan Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk terendah iaitu 0.3 dan 0.4 peratus," katanya.

Mohd Uzir berkata, sebanyak 3,898 kematian pada tempoh itu disebabkan oleh covid-19, meningkat daripada 78 kematian pada suku kedua 2020.

Data juga menunjukkan kematian tertinggi disebabkan covid-19 direkodkan oleh kumpulan umur 65 hingga 69 tahun, diikuti kelompok 70 hingga 74 tahun, dengan Selangor mencatatkan kematian tertinggi sebanyak 1,236 manakala rekod terendah dicatatkan Putrajaya dengan empat kematian sahaja disebabkan wabak itu/

Mohd Uzir berkata, pandemik covid-19 tidak memberi kesan signifikan kepada jangkaan hayat semasa kelahiran di Malaysia.

"Jangkaan hayat untuk bayi yang lahir pada 2021 dijangka hidup hingga 75.6 tahun, 1.3 tahun lebih lama berbanding satu dekad yang lepas iaitu 74.3 tahun pada 2011," katanya.

Disiarkan pada: August 11, 2021 @ 6:09pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2021 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
So lelaki xder alasan dah nak kawin lebih...hiksss
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
pasni makin ramai la antertu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 06:33 PM | Show all posts
fruity incels misogynist dah bole kawen sesama sundirik, long live male supremacy
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
bissshhhhhh...

so sape yang suka dok sebut2 andartu tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 07:30 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ertinya:

Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan."

(H.R. Bukhari Muslim)

Keterangan
Nabi kita saw. menerangkan, bahawa diantara tanda hampirnya qiamat ialah sedikit ilmu agama, banyak kejahilan, banyak berlaku perzinaan, sedikit kaum lelaki dan ramai kaum perempuan.
Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11). Dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih banyak dari lelaki.
Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan perempuan lebih ramai dari kaum lelaki adalah akibat dari peperangan yang berlaku, kerana yang banyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki, bukannya perempuan dan juga Allah swt. menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari kalangan lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
zamzam replied at 11-8-2021 06:27 PM
So lelaki xder alasan dah nak kawin lebih...hiksss

Ramai lelaki gay. Lelaki tulen tetap limited.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2021 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
pendatang haram dah kira sekali ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dalam data tu xde plak cerita lelaki bujang berapa,perempuan bujang berapa
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Baper ramai yg gay?

Mohd. Uzir berkata, pada suku tahun kedua ini, penduduk lelaki (16.77 juta) melebihi penduduk perempuan (15.88 juta) manakala, nisbah jantina penduduk adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 10:51 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 11-8-2021 10:45 PM
Baper ramai yg gay?

Mohd. Uzir berkata, pada suku tahun kedua ini, penduduk lelaki (16.77 juta) m ...

menurut biologist Alfred Kinsey, lebih kurang 10% drpd setiap populasi lelaki adalah gay
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 11-8-2021 10:51 PM
menurut biologist Alfred Kinsey, lebih kurang 10% drpd setiap populasi lelaki adalah gay

167,700 lelaki kat mesia gay... nih ramai.. belum kira matpet, matrempit, mat2 lain..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 11:09 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 11-8-2021 11:02 PM
167,700 lelaki kat mesia gay... nih ramai.. belum kira matpet, matrempit, mat2 lain..

ai tambah lagi... bewak hidup, penjenayah, anti pompuan, kaki pompuan etc


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 11-8-2021 11:02 PM
167,700 lelaki kat mesia gay... nih ramai.. belum kira matpet, matrempit, mat2 lain..

itulah kan.  last2 perempuan jugak yg salah,  terlalu memilih katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 11:14 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 11-8-2021 11:02 PM
167,700 lelaki kat mesia gay... nih ramai.. belum kira matpet, matrempit, mat2 lain..

sekejap sis Tinot...

10% drpd 16.77 juta bukan 1,677,000 kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2021 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 11-8-2021 11:14 PM
sekejap sis Tinot...

10% drpd 16.77 juta bukan 1,677,000 kah?

Eh iols silap kira.. maknanya dah tiba masanya utk tidoq..

100k ka 1 jota ka, keliling iols sumer dah kawen. Yg tak kawen nih slalunya ada masalah.. giteww..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
honeyvanilla replied at 11-8-2021 11:13 PM
itulah kan.  last2 perempuan jugak yg salah,  terlalu memilih katanya..

Mana voley lelaki dipersalahkan... deme suci dlm debu giteww
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 11-8-2021 11:09 PM
ai tambah lagi... bewak hidup, penjenayah, anti pompuan, kaki pompuan etc

Baki yg ok dah kawen.. betui dakk?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 11:33 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 11-8-2021 11:30 PM
Baki yg ok dah kawen.. betui dakk?

masalahnya yg tak ok tu pun kawen jugak. sesetgh wanita nih, wpun dia tahu jantan tu jenis tak guna... pun dia terima seadanya, cinta kunun. dan berharap dgn kekuatan cinta itulah dia dpt mengubah jantan tu jadi suami yg baik.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.084086 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list