View: 730|Reply: 2
|
Jatuh Dari Tingkat 20, Batang Besi 6 Meter Tembus Tengkorak Kepala
[Copy link]
|
|
NEW DELHI: Seorang lelaki berjaya diselamatkan selepas batang besi sepanjang enam meter tertusuk di kepalanya selepas terjatuh dari tingkat 20 di tapak pembinaan di India.
Semasa kejadian, beberapa pekerja di tapak pembinaan itu cuba memotong tusukan besi itu sebelum dia dikejarkan ke hospital.
Lapor Daily Mail, doktor di Hospital Flores menjelaskan mangsa berusia 24 tahun itu masih hidup selepas melalui pembedahan selama empat jam bagi mengeluarkan batang besi itu.
Namun, doktor berkata, bahagian badan di sebelah kirinya lumpuh akibat pembedahan itu.
Foto: Jam Press
Pakar Pembedahan Saraf, Dr. Abhinav Gupta yang mengetuai pembedahan kecemasan itu berkata, pihaknya terpaksa membuang sebahagian besar tengkorak bagi mengelakkan kerosakan di bahagian otak.
Jelasnya, mangsa perlu menjalani pembedahan susulan dalam masa dua bulan bagi meletakkan
kembali serpihan tengkorak itu.
“Kami mengawasi pesakit dengan teliti dan hasilnya kelihatan positif. Namun, pekerja pembinaan itu mengalami kerosakan di bahagian kanan otaknya setelah batang besi itu menembusi tengkoraknya,” katanya. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
dh buka..dalam ni ramai reporter yg kebal
|
|
|
|
|
|
|
| |
|