CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13813|Reply: 121

"Tak Akan Basuh Telekung Putih Ini Selama-Lamanya."

[Copy link]
Post time 12-8-2021 02:36 PM | Show all posts |Read mode
Biarpun ja-sad isteri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sudah tiada, barang-barang miliknya dan kenangan manis hidup bersama selama 11 tahun akan mekar dalam ingatan pelawak, Shuib.


Shuib atau nama lengkap-nya, Shahmira Muhamad, 37, berkata, salah satu daripada barangan itu ialah sehelai te-lekung kegemaran arwah iste-rinya yang tidak akan dibasuh selama-lamanya.


Kata Shuib, telekung berwarna putih yang selalu dipakai pelantun lagu Kesetiaan itu kini menjadi peninggalan pa-ling berharga untuk dikenang dan menemani hidupnya selain empat zuriat mereka.




Foto: IG




“Ini adalah telekung yang paling digemarinya. Jadi, memang tak akan dibasuh. Dia jarang pakai telekung lain. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada peninggalannya. Allahukbar.


“Insya-Allah, telekung ini akan selalu mengikut (saya) ke mana-mana,” kata Shuib usai majlis tahlil dan doa selamat yang dianjurkan secara maya malam kelmarin.


Majlis tahlil dan doa selamat melibatkan kira-kira 600 orang itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.


Bercerita lanjut mengenai kehidupan tanpa isteri di sisi, Shuib memberitahu, ia ibarat mimpi, namun sedikit demi sedikit dia sudah mula mene-lan realiti pahit tersebut.


“Apabila saya bangun dan turun ke tingkat bawah, saya sedar semua ini bukan mimpi. Dia (Sarah) sudah tiada,” katanya.


Sementara itu, juara Raja Lawak musim ketiga itu menyifatkan bayi keempatnya, Ayash Affan yang dilahirkan secara pembedahan pada Jumaat lalu sebagai hadiah paling berharga daripada arwah isterinya.


“Dia memilih nama dan tarikh bersalin pada 30 September, namun dia menggadaikan nyawa melahirkan tanpa melihat wajah zuriat kami,” katanya.


Dalam pada itu, hasrat Shuib untuk menatap wajah Ayash Affan semalam terpaksa dipendamkan atas nasihat pihak hospital bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan Covid-19.


Pengurus Siti Sarah, Nana Mohammad Rom berkata, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz menghubungi Shuib dan berbincang mengenai lawatan ke atas Ayash Affan yang dilahirkan pramatang.


“Shuib juga memahami si-tuasi pandemik kerana dia juga amat mementingkan kesihatan bayi serta semua yang berada di wad dan sedia menanti sehingga keadaan bayinya betul-betul sihat,” katanya.


Alahyarham Siti Sarah, 37, meninggal dunia pada Isnin lalu selepas tiga hari ditidurkan akibat komplikasi disebabkan jangkitan Covid-19. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2021 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Byknya thread psl ss.  Taktau nk komen yg mana. Compile jd satu kn sng
Reply

Use magic Report

Làlisá This user has been deleted
Post time 12-8-2021 02:40 PM | Show all posts
serious lah? banyak sangat thread nya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
MENGUAPPPPPPPP!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
"telekung ini akan selalu mengikut (saya) ke mana-mana"

Pulak dah. Baik ko buat shrine terus.

Baideway, kalau kes camni bukan bini yg gadaikan nyawa dia tp suami tu yg bagai gagal jd ketua bimbing isteri ngandung zaman covid ni sampai bini hilang nyawa. Tak gitu? Vaksin tidak, jalan sana sini kemain.

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 02:53 PM | Show all posts
mod patut bincang pasal lambakan thread topik sama ni... kesian shuib dan arwah... drp org simpati tp masuk forum jadi menyampah sbb terrrrlalu banyak thread isu sama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2021 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Thread dr soeb pun dh berlambak
Belum lagi thread dr artis lain pasal arwah Sarah..

Biarlah Sarah pergi dgn aman. Nk kenang pun simpan la sendiri, share dgn anak2, famili. Tak perlu nak berIg live cerita pasal semua..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut hang la soeib...sok ni ada bini baru, telekung tu pun entah2 ko campak ke mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2021 03:00 PM | Show all posts
lama2 sok org menyampah dik..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 03:02 PM | Show all posts
esok shuib rindu kuali ss benang baru, rindu kasut ss benang baru...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
di dalam islam
tiada istilah tahlilan, baca yassin tu mmg amalan bagus,
tapi tiada dalil yg mengatakan it will help roh2 yg
sudah tiada
harap sgt org Islam ni kurangkan benda2
yg tidak pernah dilakukan oleh Nabi atau para sahabat
precovid siap buat kenduri, dah mcm org cina berkabung
atau xristians seusai tanam blk rumah mkn2
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay dahlah. Move on lah forum cari drpd cerita shuib ya. Udah udahlah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 03:03 PM | Show all posts
“Apabila saya bangun dan turun ke tingkat bawah, saya sedar semua ini bukan mimpi. Dia (Sarah) sudah tiada,” katanya.


i lost it here mesti rindu sgt.. rindu yg tak bertepi.. nak peluk, nak ckp org yg kita syg dah takde..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 03:07 PM | Show all posts
X yah la bukak thread byk2
Jadi orang meluat nnt.
Please kawan2.
Makin teruk pulak
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
OsHiN_hOnEy replied at 12-8-2021 03:02 PM
di dalam islam
tiada istilah tahlilan, baca yassin tu mmg amalan bagus,
tapi tiada dalil yg menga ...

Yg tahlil tu kita blh buat untuk niat sedekah...vari phla bg yg mmpu..kalaubyg x mmpu..x di wajibkn pon..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
benda boleh clickbait kan
kalo nak kurangkan reputz cover cerita
tuan punya diri kena belajar zip mulut
dan tiada lagi buat igs atau live

tapi mampu kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2021 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
hmm okayy{:hooray{:hooray{:hooray{:hooray
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
zallama replied at 12-8-2021 03:09 PM
Yg tahlil tu kita blh buat untuk niat sedekah...vari phla bg yg mmpu..kalaubyg x mmpu..x di wajibk ...


pahala apa?
pahala sedekah yer
pahala transfer ke arwah
mmg tiada yer
3 sahaja amalan yg kita bawa
kena beringat tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg dah pegi tu biarlah pegi. Tak payah la setiap kali tgk pos theyols nak nangis meratap . Dlm islam pun larang benda tu. Adoi mcm2 laa..awal2 mmg rasa sedih pemergian arwah tp tgk wanita semalaysia punya lah meratap dan berlebih2 taksub, rasa mcm tak betul benda ni. Berserdahana je sudahlah. Tayah la melebih2. Dasar netizen betulla
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko muda gak lagi ib, esok lusa Allah bukakan pintu hati nk kahwin lain.. so eloklah simpan sket xyah sume bnda nk share kat socmed..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.375419 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list