CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2518|Reply: 19

"Popular Atau Tidak, Jangan Malu,"- Azlee Senario Berniaga Buah Di Pas

[Copy link]
Post time 12-8-2021 04:04 PM | Show all posts |Read mode
"Alhamdulillah, sambutan pengunjung selepas gambar saya berniaga tular amat menggalakkan. Tapak niaga di Saujana Utama ini pun turut jadi popular. Secara tak langsung ia dapat bantu rakan-rakan lain yang meniaga," kata pelawak Azlee Senario mengenai perniagaan buah-buahan dan hasil laut yang diusahakannya sejak beberapa bulan lalu.


Azlee, 54, atau nama sebenarnya Azlee Jaafar berkata, dia mula berniaga buah-buahan dan hasil laut seperti ikan, ketam, kupang, kerang, lala dan siput sedut di tapak pasar malam di Saujana Utama, Sungai Buloh sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan lalu.


"KP kali ini memang agak terkesan kerana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum bagi arahan untuk menjalani penggambaran.


"Jadi saya buat keputusan berniaga untuk cari pendapatan bagi menampung keluarga. Alhamdulillah sejak gambar saya berniaga tular, sambutannya amat menggalakkan. Saya berterima kasih kepada pihak media kerana membantu," katanya kepada Harian Metro.


Foto: Twitter




Azlee berkata, ada peminat yang selain datang mengambil gambar, turut membeli barangan jualannya. "Sebenarnya mereka lebih suka tengok kita bercampur dengan golongan masyarakat menerusi berniaga. Maknanya artis dapat merapatkan lagi hubungan dengan peminat.


"Walaupun nama besar atau sebaliknya, saya letak tepi. Yang penting saya cari rezeki halal. Kalau duduk rumah nak tunggu tawaran kerja, takkan ada buat masa ini. Lebih baik saya ambil inisiatif berniaga, sekurang-kurangnya kita dapat beli barang-barang dapur dan bagi makan anak isteri," katanya yang mengambil barangan jualannya daripada pemborong di Chow Kit.


Azlee mula berniaga seawal jam 8.30 pagi dan akan pulang selepas barangannya habis dijual.


"aling lewat saya balik pada jam 5 petang. Kalau dah boleh mula menjalani penggambaran, saya dah boleh buat kerja saya dan ada pekerja akan uruskan. Sayang pula nak tinggalkan.


"Tapak berniaga ini sebenarnya tapak pasar malam. MDKS (Majlis Daerah Kuala Selangor) bagi kebenaran semasa pandemik ini untuk berniaga di situ. Tengoklah mereka runding dengan MDKS sama ada selepas pandemik dibenarkan berniaga atau sebaliknya," katanya yang turut menerima pelanggan dari Gombak, Setiawangsa, Batu Caves, Denai Alam, Elmina, Puncak Alam dan Rawang.


Azlee turut menasihatkan rakan artis dan penggiat seni tabah di samping cuba berniaga sebagai sumber pendapatan.


"Selagi kita ada keupayaan cari rezeki, jangan malu. Berniagalah kerana sekurang-kurangnya kita dapat menyara keluarga dan apabila semua pulih kita akan dapat bekerja semula.


"Tolak tepi status kita popular atau tak. Yang penting kita cari rezeki. Jangan fikir soal status. Yang penting siapa nak bagi rezeki untuk menyara keluarga," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2021 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la gini, time tak de job, buat je apa2 kerja yg boleh datangkan pendapatan kan. Walaupun mungkin tak sebesar mana, tp jauh lbh baik dr meminta2.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Hah baca tu sohai!! Sedangkan azlee se ario yang orang ramai kenal pun tak malu berniaga buah-buahan. Ko tu yg sekadar ber aaaaaaa uuuuuuu aaaaaaa uuuuu dalam inteam pun lg suka jadi biawak pemalas makan hasil lendir bini!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
vee_zara: Hah baca tu sohai!! Sedangkan azlee se ario yang orang ramai kenal pun tak malu berniaga buah-buahan. Ko tu yg sekadar ber aaaaaaa uuuuuuu aaaaaaa uuu ...

entahnya. ni tak. sanggup install gerudi nak cari customer. baca ni mosuh.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 05:04 PM | Show all posts
Mcmana la dulu ada gosip lydiawati boleh suke kat dia. pelik betul aku.
apa2 hal pun aku doakan business dia maju.

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
tompie replied at 12-8-2021 05:04 PM
Mcmana la dulu ada gosip lydiawati boleh suke kat dia. pelik betul aku.
apa2 hal pun aku doakan bu ...

Wife azlee ni pun lawa…jd x mustahil lydia pun boleh sangkut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2021 06:35 PM | Show all posts
bagusla, sapa sapa kat sana pi la support dia... at least dia tak meroyan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 07:08 PM | Show all posts
betul tu, tak payah nak malu atau segan, berniaga lar dgn ikhlas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2021 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Masha Allah tabarakallah. Cari rezeki halal tanpa memilih kerja seperti retis penjarakan gigi
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
tompie replied at 12-8-2021 05:04 PM
Mcmana la dulu ada gosip lydiawati boleh suke kat dia. pelik betul aku.
apa2 hal pun aku doakan bu ...

Lembut gigi dari lidah kots
Hoho
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
vee_zara replied at 12-8-2021 04:09 PM
Hah baca tu sohai!! Sedangkan azlee se ario yang orang ramai kenal pun tak malu berniaga buah-buahan ...

Sohai retis 20thn..mana layak niaga2 pasar mlm ni..dia niaga kt gay app je..Bini dia pon  enak 114 thn kahwin xsedar2 laki tu x guna..nk masuk syurga je cita2 nye..hidup kt dunia pon byk menghasut org,hutang x byr,gaduh dgn adik beradik,lepas tu shj2 miskin kt dunia sbb dia ckp org miskin cpt masuk syurga..kalo semua melayu ikut cara dia,,..mmg mundur la  agama islam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus azlee yg penting perut ank bini terisi
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
tiada istilah malu untuk mencari rezeki yang halal
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 07:49 PM | Show all posts
iols suka beli buah dekat pasar malam... murah2... tapi sejak pkp ni terpaksa byr lebih beli dekat supermarket
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kumpulan Senario ni dlu antara kumpulan pelawak atau artis yang paling laris selepas Siti Nurhaliza. Banyak produk diorg dulu. Filem je setahun 2-3 filem. Xmasok lg sitcom ngn nyanyi. Antara kumpulan yang paling kaya laaa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 04:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Good.. lps pkp ni dia dh ada 2 kerja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2021 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mulotkoyak replied at 13-8-2021 12:11 AM
Kumpulan Senario ni dlu antara kumpulan pelawak atau artis yang paling laris selepas Siti Nurhaliza. ...

Sampai bt konsert lagi senario kt singapura, mmg popular kann masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus azlee bisnes maju boleh bagi peluang kerja pada orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Actually zaman skrg jangan malu bila nk menjual berdepan gini ...malahan kalo artis sendiri kuar menjual secara berdepan dgn masyarakat ginj...lagi untung rasanya....peminat akan beratur utk beli
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
epis replied at 13-8-2021 06:23 AM
Sampai bt konsert lagi senario kt singapura, mmg popular kann masa tu

Singapore,  brunei mmg femes
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.428963 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list