View: 1146|Reply: 7
|
Lelaki Mati Telan Kunci Kereta Ketika Bercuti
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki Belanda meninggal dunia selepas menelan kunci kereta ketika bercuti Sepanyol.
Ketika kejadian, pihak berkuasa Sepanyol dikatakan tidak memahami pertuturannya.
Daily Star melaporkan lelaki berusia 37 tahun itu dikatakan tiba di Barcelona untuk bercuti bersama keluarganya.
Gambar hiasan
Pada 5 Ogos lalu, dia didakwa pergi ke sebuah pasar raya di daerah Sarria dan dilihat dalam keadaan yang 'sangat gembira' dan 'menyebabkan pertengkaran' di premis berkenaan.
Lelaki itu dikatakan mahu meminta bantuan, namun pekerja pasar raya memintanya untuk keluar kerana tidak memahami apa yang dituturkan lelaki terbabit.
Ia menyebabkan kakitangan pasar raya itu memaklumkan kejadian berkenaan kepada polis, menurut laporan Euro Weekly News.
Susulan kejadian, polis yang tiba di lokasi melihat lelaki terbabit tidak sedarkan diri sebelum memberi bantuan kecemasan terhadap mangsa.
Petugas kesihatan yang tiba tidak lama kemudian mengambil alih tugas itu sebelum berjaya mengeluarkan kunci kereta dari kerongkong lelaki itu.
Lelaki itu kemudian berjaya distabilkan, sebelum dikejarkan ke hospital di Sant Pau, namun dia meninggal dunia jam 2.15 pagi, keesokan harinya.
Masih tidak dapat dijelaskan sama ada pekerja pasar raya tidak memahami bahasa ditutur lelaki terbabit disebabkan perbezaan bahasa atau kerana mangsa menelan kunci.
Difahamkan, sepanjang percutian, lelaki itu bersama keluarganya menetap di penginapan berhampiran dengan pasar raya berkenaan.
Dalam pada itu, Majlis Bandar Raya Barcelona sudah bertemu keluarga lelaki terbabit dan menawarkan khidmat sokongan sosial.
Pihak konsulat Belanda juga sudah dihubungi bagi memaklumkan kejadian itu.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Haaaa????
Kunci kereta dalam kerongkong????
RIP tho. |
|
|
|
|
|
|
|
apa sebenarnya yg berlaku? knapa sampai telan kunci |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kpd keluarga mansga. Tp tu la kan, nape dia telan kunci? |
|
|
|
|
|
|
|
dah knp nk kena telan kunci..misteri sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
kunci kete bapak besar
camne leh muat
dia pakai kete apa ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|