Edited by CARI-MAL at 13-8-2021 01:18 PM
Pelbagai kisah dan cerita pasti dialami oleh petugas kesihatan tidak kira di Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) mahupun Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu.
Terbaharu, satu klip video menyaksikan wanita cantik yang melatah ketika melalukan ujian calitan di sebuah pusat CAC tempatan mencuit hati orang ramai di laman sosial ketika ini.
Kredit foto: TikTok @wanieooi
Video berdurasi 42 saat tersebut menyaksikan seorang wanita cantik melatah ketika petugas kesihatan mengambil sampel di dalam hidungnya.
Apa yang melucukan apabila suara wanita itu mirip suara warga emas dan sedikit kasar jika dibandingkan dengan umur dan rupa parasnya.
Petugas kesihatan yang menjalankan tugas itu juga kelihatan terkejut dan beberapa kali memohon maaf, namun wanita tersebut berkata tidak salah itu hanya tindakannya yang melatah.
“Tidak ada apa-apa, saya hanya melatah, saya minta maaf banyak-banyak,” jelas wanita tersebut.
Rata-rata orang ramai juga terkejut dengan suara yang dikeluarkan oleh wanita tersebut dan menyatakan suaranya tidak sepadan dengan penampilan dan raut wajahnya yang cantik.
“Kalau aku pun terkejut, apa suara tak ‘tally’ dengan rupa. Kasar dia tak boleh bawa bincang. Harap petugas tu ‘cool’ sahaja dan berkali-kali mohon maaf,” jelas Farrah Hannan.
Sumber: K! ONLINE |