"adahal pattern kat suit spiderman tu lawa kot, amik la motif dr situ."
Jika sebelum ini, rekaan hijab Duck dari usahawan ternama, Vivy Yusof kontroversi kerana didakwa memplagiat corak jenama lain, terkini Duck tampil dengan kolaborasi Marvel dengan sentuhan sendiri.
Menerusi karektor Spiderman yang menengahkan sarang labah-labah, ternyata rekaan selendangnya juga tampil serupa. Menurut netizen, ia seolah-olah mengambil bulat-bulat baju Spiderman lalu dijadikan shawl.
Tiada kreativiti atau memang setakat itu sahaja imaginasinya?
Foto :Twitter
Bagi netizen, ianya tidak mengejutkan kerana selama ini shawlnya lawa kerana menciplak idea jenama tudung lain. Jadi, apabila perlu mencipta sendiri rekaan terbaharu, itu sahaja lah hasilnya.
Foto : Twitter
Foto : IG
Bagaimanapun, ianya tidak dihiraukan oleh peminat setia Vivy Yusof. Bagi mereka setiap rekaan jenama ini, perlu dijadikan koleksi.
Foto : IG
Jadi, antara kreativiti dan peminat setia, nampaknya Vivy Yusof berjaya memenangi hati para pembelinya. Itulah pentingnya branding. - CARI
|