Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
522
View
1
Reply

Nasib pelumba pelapis negara kelam

[Copy link]

Author: xpdckelate       Show all posts   Read mode

Author
Post time 17-8-2021 10:08 PM | Show all posts |Read mode
NASIB pelumba pelapis negara untuk beraksi dalam kancah perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan tampak kelam selepas Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengumumkan perpisahan dengan pasukannya, Sepang Racing Team (SRT).

SIC mengakui, pihaknya terpaksa melepaskan pasukan SRT untuk bergerak secara pasukan Independent, selain mengesahkan pasukan Moto3 dan Moto2 juga bakal berakhir.

Keputusan tersebut sudah pastinya menjejaskan harapan pelumba berbakat negara, Adam Norrodin dan Syarifuddin Azman untuk menempa nama ke perlumbaan berprestij MotoGP.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, pihaknya sedang merangka pe-rancangan buat pelumba pelapis negara dan penglibatan mereka dalam perlumbaan MotoGP pada masa akan datang.

Pihak SIC menerima keputusan yang dibuat oleh Petronas yang mana mereka tidak akan sambung kontrak bersama pasukan SIC pada tahun depan.

Ini bermakna, pasukan di bawah kendalian Datuk Razlan Razali iaitu SRT akan bergerak secara Independent.

Bagi pelumba muda yang berpeluang melompat ke MotoGP iaitu Adam dan Damok ke Moto3 dan Moto2, ketika ini kita mahu mereka fokus dalam saingan dan habiskan perlumbaan CEV terlebih dahulu. Hujung tahun ini kita akan rangka perjalanan mereka, katanya semalam.

Ketua pasukan SRT, Datuk -Razlan sebelum ini mendedahkan, pihaknya akan mengumumkan perancangan mereka sebelum perlumbaan di Silverstone.

Sebelum ini, Razlan memberi jaminan pelumba pelapis negara yang beraksi cemerlang di perlumbaan CEV akan diberi slot untuk beraksi dalam MotoGP.

Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-8-2021 10:09 PM | Show all posts

ADAM antara pelumba pelapis negara yang semakin meningkat naik pada perlumbaan CEV di Sepanyol dan berpotensi besar untuk bersaing pada MotoGP.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list