View: 3010|Reply: 24
|
[Tempatan]
Covid-19: Majlis kahwin dipercayai cetus kluster baharu di Sabah
[Copy link]
|
|
KOTA KINABALU - Satu kluster baharu dikenali sebagai Kluster Sawit Baiduri dikesan di Lahad Datu pada Selasa dipercayai berpunca daripada majlis perkahwinan yang merekodkan 77 jangkitan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks kluster itu adalah seorang lelaki warga Indonesia berusia 47 tahun yang merupakan bapa pengantin dan disahkan positif Covid-19 pada 11 Ogos di Klinik Kesihatan Tungku selepas didapati mempunyai gejala penyakit tersebut.
"Turut didapati positif ialah anak kepada kes indeks. Pengesanan secara aktif dan saringan bersasar terhadap 178 orang terdiri daripada ahli keluarga dan kontak rapat kemudian mengesan 77 kes positif termasuk 43 kes baharu hari ini.
"Sementara 101 individu didapati negatif saringan pertama. Punca jangkitan masih dalam disiasat namun siasatan awal mendapati terdapat majlis perkahwinan pada 6 Ogos lepas yang disyaki menjadi punca penyebaran wabak," menurutnya dalam kenyataan malam Selasa.
Masidi, yang juga jurucakap Covid-19 Sabah berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri, kes baharu yang direkodkan pada Selasa ialah sebanyak 2,103 menjadikan jumlah kumulatif 108,933 kes.
Beliau berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang dilaporkan sembuh pula ialah 652 orang menjadikan jumlah kumulatif pulih setakat ini ialah 90,356 orang manakala 5,153 sedang menerima rawatan. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ter-baharu-di-Sabah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Satu kluster baharu dikenali sebagai Kluster Sawit Baiduri dikesan di Lahad Datu pada Selasa dipercayai berpunca daripada majlis perkahwinan yang merekodkan 77 jangkitan.
nama kluster mcm nama filem plak |
|
|
|
|
|
|
|
Mn le kes tak berkurang. Masing2 degil ya amat. Hadap le sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
Kami di sabah ni kes naik mencanak-canak.. tapi SOP tatap kana kasi longgar.. nda paham la aku |
|
|
|
|
|
|
|
Roan replied at 18-8-2021 09:02 AM
Kami di sabah ni kes naik mencanak-canak.. tapi SOP tatap kana kasi longgar.. nda paham la aku
Itu le. Patutnya kerajaan ketatkan sop buat mcm pkpd. Pastu supply brg mkn utk tempoh tu. Buat mcm last year. Turun ke kan kes. Ni dok buat pkp 1/2 cook mmg rakyat memberontak le sbb lama sgt. Diarang pun dok tunjuk contoh buruk langgar sop yg dibuat sendiri. Sampai ajm le hadap |
|
|
|
|
|
|
|
boleh x sesapa yg mencetuskan kluster ni di saman mcm kes sivagangga dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
Adik ipar aku nk kawen thn dpn..klu anak2 lom vax, aku xnak balik… |
|
|
|
|
|
|
|
Laaaa....
Dah bertambah dahhh kes |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tak pencetus kluster ni kena denda dan tanggung sendiri kos rawatan? Menyusahkan orang lain dan masyarakat sekeliling betul! |
|
|
|
|
|
|
|
Time kes byk, time tu la ko sebok nak berkenduri bagai, siap jemput org lg ye. Mintak tlg humban org2 gini dlm sungai yg ada buaya. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg dah boleh buat majlis ke di sana |
|
|
|
|
|
|
|
Degilnya lahai.
Nak kawin lantok ko la kan, dah nak berkenduri tu kenapa |
|
|
|
|
|
|
|
Fasa 2 blh buat majlis kenduri ke
|
|
|
|
|
|
|
|
nikah je la sudah, takyah nak majlis2 itu ini masa pandemik ni. gatal biji sangat kan sebab taknak melepas duduk atas pelamin. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni silap langkah masuk kedai.. MySejahtera akan bertukar status ke Kontak Kasual Tidak Bergejala |
|
|
|
|
|
|
|
ini sikap pentingkan diri
sangka diri x akan kena
sikap alaa x apa
mentaliti tahap rendah |
|
|
|
|
|
|
|
ni semua salah kerajaan la ni |
|
|
|
|
|
|
|
degil bethol..dah sthn covid pun x reti bahasa lg nk kenduri |
|
|
|
|
|
|
|
degil betul rakyat.. buat kenduri kahwin. tak pikir org lain. pentingkan diri huh! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 18-8-2021 11:16 PM
LoveSungmin replied at 18-8-2021 04:28 PM
ni semua salah kerajaan la ni
Memang pun. Kalau bukan kerana rakyat nampak sundri muntri2 hanat dalam gomen tu langgar SOP cemana, takdanya rakyat makin degil dari hari ke hari. |
|
|
|
|
|
|
| |
|