View: 1138|Reply: 6
|
Tipu Kena Samun, Rupanya Tikam Diri Sendiri Sebab Stres
[Copy link]
|
|
Gombak: Tekanan perasaan akibat masalah keluarga menyebabkan seorang wanita menipu kononnya cedera selepas disamun di Jalan 10, Taman Greenwood, di sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengesahkan bahawa kejadian cubaan samun itu tidak berlaku dan mangsa mencederakan diri sendiri dengan menikam paha kanannya di lokasi terbabit.
Menurutnya, hasil siasatan rapi yang dijalankan mendapati mangsa reka cerita kejadian cubaan samun itu dan menikam paha kanannya sendiri.
Foto: Gambar Hiasan
"Mangsa menerima tujuh jahitan pada luka tikaman di paha kanan. Motif kejadian adalah mangsa mengalami tekanan perasaan akibat masalah keluarga.
"Kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan mangsa akan dituduh mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan di Mahkamah Selayang esok," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan tidak sesekali membuat laporan palsu bagi kepentingan diri sendiri kerana ia adalah satu perlakuan yang tidak bertanggungjawab dan ianya adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.
Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang wanita cedera selepas ditikam pada paha dalam satu cubaan ragut di Jalan 10, Taman Greenwood, Gombak.
Polis menerima aduan pada jam 4.24 petang daripada orang awam yang menemui seorang wanita dalam keadaan cedera akibat ditikam dalam sebuah kereta di lokasi berkenaan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Hari2 dihidangkn dgn berita camni hmm |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan kat luar negara. Sakitnyalah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tau stress pi la buat DASS test tu. Kalau result tak ok pi la klinik. Mintak bantuan pada org yg sepatutnya dan berkelayakan. Yg pi rosakkan diri sendiri tu psal apa. Dah tu pi buat report palsu pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Haish, tak pasal2 kena dakwa wat laporan palsu |
|
|
|
|
|
|
|
haihhhh jangan la buat laporan pelesu
moga ambik langkah2 perlu untuk sihat luar dalam |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kata stress xkan sebab dia happy kann
kita xduduk di tempat dia ,ada baiknya kita tidak mencerca dia . |
|
|
|
|
|
|
| |
|