View: 1790|Reply: 16
|
Wanita guna susu badan hasilkan barang kemas
[Copy link]
|
|
Hawthorn menunjukkan batu rantai leher yang diperbuat daripada susu badan ibu. - Mercury Press & Media Ltd.
Wanita guna susu badan hasilkan barang kemas
LONDON – Seorang suri rumah di Wirral, England menemui hobi menarik ketika pelaksanaan perintah berkurung Covid-19 dengan menghasilkan koleksi barang kemas diperbuat daripada susu badan, lapor akhbar New York Post, kelmarin.
Alison Hawthorn, 30, memulakan perniagaan online itu sejak tahun lepas selepas bereksperimentasi dengan lebihan susu badannya untuk menghasilkan aksesori yang boleh dipakai.
Menurut Alison, sejak dia memuat naik gambar barang kemas seperti rantai dan cincin yang diperbuat daripada susu badannya, ramai wanita membuat tempahan dengan menghantar susu badan mereka untuk dijadikan perhiasan.
“Ketika perintah berkurung tahun lepas, saya hampir menjadi gila duduk di rumah dan hanya menghadap anak-anak sepanjang hari.
“Jadi saya secara tidak sengaja menemui hobi kreatif ini yang akhirnya bertukar menjadi perniagaan online kecil-kecilan,” ujarnya.
Menurut Hawthorn, bagi menghasilkan rantai leher contohnya, dia hanya menggunakan 10 mililiter susu badan melalui kaedah pendidihan berganda. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau terpecah dah berbau masam susu basi kejap |
|
|
|
|
|
|
|
xmembazir ke kak.susu kan penuh dgn kolustrum,foremilk,hindemilk apa semua tu..main sebut jer
|
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 17-8-2021 11:03 PM
xmembazir ke kak.susu kan penuh dgn kolustrum,foremilk,hindemilk apa semua tu..main sebut jer
Main sebut ha ha ha
Colostrum only dalam susu mula2 lepas birth. Warna macam kekuningan. Yang dalam kisah ni susu acik2 berlebihan. Maybe foremilk maybe hindmilk entah. |
|
|
|
|
|
|
|
mclaren replied at 17-8-2021 11:18 PM
Main sebut ha ha ha
Colostrum only dalam susu mula2 lepas birth. Warna macam kekuningan. Yang d ...
haha xtau sbb xpernah hasilkan susu lg..btw tq atas pencerahan |
|
|
|
|
|
|
|
Kreatif. Love thy body and what it produces kekdahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak expired ke uols? Kokesen nieyh memacam. Dolu pernah iols baca pompuan buat lukisan guna darah peod. Euwww sape beli memang pengotor namatey selain ada potensi dirasuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada satu, kalung dalam tu susu ibu, simbolik kononnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bosan Duduk Rumah, Wanita Buat Barang Kemas Guna Susu Badan
Seorang suri rumah di Wirral, England menemui hobi menarik ketika pelaksanaan perintah berkurung Covid-19 dengan menghasilkan koleksi barang kemas diperbuat daripada susu badan, lapor akhbar New York Post, kelmarin.
Alison Hawthorn, 30, memulakan perniagaan online itu sejak tahun lepas selepas bereksperimentasi dengan lebihan susu badannya untuk menghasilkan aksesori yang boleh dipakai.
Menurut Alison, sejak dia memuat naik gambar barang kemas seperti rantai dan cincin yang diperbuat daripada susu badannya, ramai wanita membuat tempahan dengan menghantar susu badan mereka untuk dijadikan perhiasan.
Foto: Mercury Press
“Ketika perintah berkurung tahun lepas, saya hampir menjadi gila duduk di rumah dan hanya menghadap anak-anak sepanjang hari.
“Jadi saya secara tidak sengaja menemui hobi kreatif ini yang akhirnya bertukar menjadi perniagaan online kecil-kecilan,” ujarnya.
Menurut Hawthorn, bagi menghasilkan rantai leher contohnya, dia hanya menggunakan 10 mililiter susu badan melalui kaedah pendidihan berganda. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
cantikk...ada tengok koleksi dalam ig.
Serius cantik |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mane susu badan buat mcm dadih ke apa...pelik naw |
|
|
|
|
|
|
|
Bettee dari jual produk timbang kilo harga yahudi segala lipstick skincare konon, kopi detox konon, benda kurus bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak tau la kalau aku sounds jijik ke
Tapi menarik juga, ambik sikit je ha. Campur la dgn bahan lain yang selalu orang buat loket. claim je la ada susu ibu sekian2
Orang tanya, tu loket apa. Boleh la jawab, loket susu mendiang ibu aku. Huhuhu. Susu orang mati boleh berhantu tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|