View: 20447|Reply: 120
|
Peguam Syura, Lan Solo Dan Isteri Mahu Bincang Selesai Luar Mahkamah Kes Saman S
[Copy link]
|
|
Lima sekawan yang berdepan saman fitnah penyanyi Siti Nordiana kini menggunakan khidmat pasukan guaman berbeza bagi berdepan proses undang-undang yang sedang berlangsung.
Menurut peguam Muhammad Hafiz Hood, dia bersama Alan Razak hanya bertindak mewakili tiga daripada mereka iaitu Syura Badron, Lan Solo dan isterinya, Sheila Hassim.
Bercakap tentang perkembangan kes berkenaan, Hafiz memberitahu mereka sudah memfailkan memorandum kehadiran di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin selain dalam proses melengkapkan penyataan pembelaan terhadap tuntutan Siti Nordiana.
Kredit foto: mStar Online
"ihak kami sudah memfailkan memorandum kehadiran di mahkamah pada Isnin, 16 Ogos. Kami juga dalam proses memfailkan penyataan pembelaan terhadap penyataan tuntutan Nana.
"Insya-Allah akan difailkan selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu bermula Selasa," kata Hafiz ketika dihubungi mStar pada Selasa.
Sebelum ini, peguam Siti Nordiana iaitu Abang Azlan Abang Ariffin berkata, kelima-lima defendan masih tidak diwakili oleh peguam serta tiada kehadiran dan pernyataan pembelaan yang difailkan oleh mereka.
Bagaimanapun, Alan tampil menjelaskan selaku peguam dia boleh memfailkan memorandum kehadiran pada bila-bila masa bermula daripada 3 Ogos sehingga 17 Ogos ini.
Kredit foto: mStar
Tambah Alan, pengurusan kes yang telah diadakan pada 10 Ogos ini adalah satu tarikh masih belum matang untuk memorandum kehadiran difailkan bagi pihak anak guamnya.
Dalam pada itu, Hafiz berkata tiada sebarang perkembangan lain yang dapat dikongsikan buat masa kini memandangkan mereka belum memfailkan penyataan pembelaan.
Hafiz bagaimanapun memberitahu kemungkinan kedua-dua pihak peguam akan berbincang untuk mediasi di luar mahkamah selepas selepas proses memfailkan kesemua penyataan.
"Buat masa sekarang, tiada perkembangan lain yang boleh dikongsikan. Bila kami dah selesai failkan penyataan pembelaan itu, barulah kami akan maklumkan apa intipati penyataan tersebut.
"Mungkin pihak kami dan peguam yang mewakili Nana akan berbincang mengenai kebarangkalian untuk mediasi di luar mahkamah selepas pihak Nana memberi jawapan kepada penyataan pembelaan," ujarnya.
Menerusi laporan mStar pada 3 Ogos lalu, Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates berkata kelima-lima individu terbabit dituntut membuat permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 setiap seorang.
Kredit foto: mStar
Selain itu, Alan turut memberitahu Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi penyataan tuntutan tersebut.
Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Kan dh kata..setel luar je kot kalau kt dalam mmg kalah |
|
|
|
|
|
|
|
Tahu tak pa
Buat mediasi ja la
|
|
|
|
|
|
|
|
Buat permohonan maaf live cepat nak tengok |
|
|
|
|
|
|
|
Hakhak..geng2 mcm ni xlayak dijadikan kawan..so,lps ni boleh laa kurangkn berkawan dgn geng2 makan xnak bayar ni{:smile |
|
|
|
|
|
|
|
yg lagi 2 org tu.. xde peguam ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ooooo lawyer pun rambut blonde mcm anak2 acik telekung tu |
|
|
|
|
|
|
|
Muka Alan Razak tu dah iras muka Lan |
|
|
|
|
|
|
|
Yang lagi 2 ketul tu hire lawyer, pakai lawyer yg pernah menang kes anju dulu......
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Si alan ni mmg suka sengeh cmtu kan..
Bukan senyum tau..sengehh |
|
|
|
|
|
|
|
settel luar pun kena bayar lawyer |
|
|
|
|
|
|
|
Lawyer Nana kene masukkan clause 3 sekawan ni x blh mention nama nana di mana2...cam kes fasha & nora...lau x si zuraidah ngan bini lan confirm xkn abisnye perli memerli nana |
|
|
|
|
|
|
|
Takde penyakit cari penyakit. Malu dpt, duit terbang klo x kat nana pun kat loya. Masa ni patut lbh hati2 income ssh nak cari oo |
|
|
|
|
|
|
|
kesimpulan dari kes ni kelima2 orang tersebut adalah bodoh lagi bangang
pengajaran dia ko nak mengumpat nak mengata tak reti nak guna telegram ke whatsapp ke
yang gatal bijj nak buat live dah kenapa
nampak kat situ ko memang berniat jahat
pastu nak acah2 teraniaya
kalau derang minta maaf pun harap lepas ni nana jangan kawan lagi ngan orang macam ni
sejenis tak boleh dibuat kawan
ni baru betul kawan makan kawan |
|
|
|
|
|
|
|
Mahap bertanya.. dalam etika makhamah boleh ke peguam masuk court dengan rambut yg bercolorful? Mahap TANYAAAA jgn lah saman pulok ya... |
|
|
|
|
|
|
|
awex^returns replied at 18-8-2021 02:31 PM
kesimpulan dari kes ni kelima2 orang tersebut adalah bodoh lagi bangang
pengajaran dia ko nak mengu ...
Haha kann... |
|
|
|
|
|
|
|
Dolmat replied at 18-8-2021 02:34 PM
Mahap bertanya.. dalam etika makhamah boleh ke peguam masuk court dengan rambut yg bercolorful? Maha ...
Alan ni pernah buktikan tak ada undang2 bertulis yg melarang dia berambut begitu |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur....rezeki lawyer atas kebodohan2 manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Fortiori02 at 18-8-2021 02:49 PM
Dolmat replied at 18-8-2021 02:34 PM
Mahap bertanya.. dalam etika makhamah boleh ke peguam masuk court dengan rambut yg bercolorful? Maha ...
Setau iols kalau ikut etika penampilan gi mahkamah x leh, tp gantung kat hakim gak la. Ada hakim yg strict pasal penampilan, ada yg tak kesah. Kaler rambut perang sikit2 ok la mcm yg ramai kwn2 loyer iols buat.
Cuma iols penah appear 1 court ngn alan ni, iols pasan dia bila dlm court akan ikat rambut. And bahagian yg kaler2 tu akan tertutup ngn rambut itam sikit2, so hakim tak perasan sgt rasanya. Pas kuar court baru dia akan gerbangkan semula rambut dia tu
Tp alan ni ok je orgnya, ramah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|