View: 1729|Reply: 14
|
Suka Makanan Ringan, Hongchan Tolak Semua Hadiah Sebab Nak Buka Pasar Raya
[Copy link]
|
|
Penerjun sensasi Olimpik China, Quan Hongchan mendedahkan impian terbarunya sejak memenangi pingat emas di Tokyo 2020 adalah untuk membuka sebuah pasar raya.
Kredit foto: CGTN
Memetik sebuah laporan media China, penerjun berusia 14 tahun itu sukakan makanan ringan dan mengimpikan untuk membuka kedai runcit, namun Hongchan berkata, kedai barunya harus 'lebih besar'.
Saya mahu membuka kedai yang lebih besar. Sebuah pasar raya yang lebih luas dengan banyak makanan ringan dijual," katanya.
Terdahulu, Hongchan mencuri tumpuan seluruh dunia apabila memperoleh markah perfect 10 menerusi terjunan 10m platform sehingga melayakkannya menerima pingat emas.
Kisah sedih Hongchan pula tular apabila wang kemenangan pingat emas tersebut mahu digunakan untuk membantu rawatan ibunya yang sakit.
Minggu lalu, bapanya Quan Wenmao memberitahu media tempatan, mereka sekeluarga ditawarkan 200,000 yuan (RM130,000) dan kediaman percuma, namun mereka menolaknya.
Bukan itu saja, sebuah hospital tempatan turut menawarkan rawatan percuma buat ibu dan datuknya yang sakit.
Hongchan dan keluarga turut ditawarkan tiket percuma seumur hidup ke taman tema, zoo serta beberapa buah resort.
Hadiah itu juga ditolak bapanya.
Kredit foto: Olympics
"Saya berterima kasih kepada mereka atas segala tawaran. Tetapi, saya tidak mengambil apa-apa," ujar bapanya selepas tiga hari anaknya memenangi pingat emas.
Sumber: Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
Sikitnya RM130,000. Emas tau tak? |
|
|
|
|
|
|
|
lwyl replied at 18-8-2021 02:31 PM
Sikitnya RM130,000. Emas tau tak?
Harga basikal berkuasa tinggi pemenang pingat emas yg dijanjikan tapi hauk sekadar bawak balik perak kita pun lagi besar kheunz?
Last last ada percubaan sabotage sebab tak menang emas...katanya..
Haramjadah betul..
. |
|
|
|
|
|
|
|
Igtkn laki
Comel nya dgn taik lalat tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Dorang tawarkan hadiah ni semua untuk apa? Sbb nk tukar dgn pingat ke apa.. ke saje2? Kalau saje2 knapa bapak dia taknak amik? Kan mcm kira dorang ni fans anak dia la kot.. kann |
|
|
|
|
|
|
|
Ruginya tolak dik ooi. Ke deols rasa cam ada agenda tersembunyi. Ssh dgr org tolak rezeki ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tak elok dik makanan ringan kamu kan atlet kena menten badan nipis dik
|
|
|
|
|
|
|
|
lwyl: Sikitnya RM130,000. Emas tau tak?
ok la tu rm130 ribu. menang emas olimpik je bukan menang hadiah nobel pun. Banyak kot 130k tu. Bapa dia bodo tolak tuah. Kesian hongchan semua keputusan bapa dia yg buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Itzy replied at 18-8-2021 07:10 PM
ok la tu rm130 ribu. menang emas olimpik je bukan menang hadiah nobel pun. Banyak kot 130k tu. Bap ...
macam bapak Britney spears je |
|
|
|
|
|
|
|
sori tanya sbb mmg aku x tahu
klau menang emas di olimpik selain pingat ade dpt duit ke..
yg aku maksudkn ni bukan dr negara yg dia wakili tu tp dr olimpik sndiri...ade duit ke atau pingat shj |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya yang bapak hongchan tolak tu hadiah2 Dari korporat atau individu kut. Imbuhan dari kerajaan mmg sedia ada rasanya. Sbb. Hongchan sendiri pun ckp dia berazam nk menang pingat sbb nak dapatkan imbuhan tu utk rawat emaknya yang sakit. Tapi Tak tahu la berapa imbuhan atlet china yg kerajaan china bagi. Setahu aku, imbuhan tuk emas .. yg paling tinggi .. singapura la. Bernilai rm3 juta lbh. |
|
|
|
|
|
|
|
mongoose_kidz replied at 18-8-2021 07:42 PM
sori tanya sbb mmg aku x tahu
klau menang emas di olimpik selain pingat ade dpt duit ke..
yg aku m ...
Pihak penganjuk Tak bagi hadiah duit. Tapi banyak negara sediakan hadiah Wang tunai tuk atlet yang bawak balik pingat tuk negara masing2. |
|
|
|
|
|
|
|
eh ayahnya pun
hmmm suka laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
moga dapat mengubah hidup keluarganya |
|
|
|
|
|
|
|
Jangka hayat sbg atlit kat china ni sekejap je.. setiap tahun muncul young top athletes.. x mcm malaysia dr muda sampai ke tua dia dia dia dan dia.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|