CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 976|Reply: 1

Bonnie, Siti pembawa Jalur Gemilang

[Copy link]
Post time 18-8-2021 08:22 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin dan atlet para olahraga, Siti Nooriasah Mohamad Ariffin dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang bagi upacara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo, 24 Ogos ini.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata kedua-dua atlet yang dipilih itu melambangkan kepelbagaian kaum di Malaysia selain pemilihan dibuat berdasarkan pencapaian mereka sebelum ini.

"Bonnie merupakan seorang atlet Bidayuh dari Sarawak manakala Siti Nooriasah pula atlet wanita Melayu.

"Jadi, dapat dilihat bahawa walaupun Malaysia mempunyai penduduk daripada pelbagai kaum dan agama, namun kita mahu tunjuk kepada dunia yang kita semua bersatu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Megat D Shahriman yang juga ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo, berkata Bonnie dipilih berdasarkan reputasinya selaku juara dunia dan pemegang rekod dunia kategori 72 kilogram (kg) ke atas manakala Siti Nooriasah meraih pencapaiannya di tempat keempat acara 400 meter wanita T20 (masalah pembelajaran) di edisi Rio 2016.

Selain muncul juara, Bonnie berjaya memecahkan rekod dunia pada Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lepas apabila berjaya mengangkat bebanan seberat 230 kg, sekali gus memadam rekod dipegang atlet Iran Roohallah Rostami dengan bebanan 229 kg di Sukan Para Asia Jakarta, Indonesia pada 2018.

Sementara itu, Megat D Shahriman memaklumkan persiapan kontinjen Malaysia berjalan lancar dan mengingatkan anak buahnya agar sentiasa menjaga kesihatan dan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan penganjur.

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang dijadual berakhir pada 5 Sept ini menyaksikan kontinjen negara dibarisi 22 atlet yang akan bertanding dalam sembilan jenis sukan.

HMetro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2021 08:23 PM | Show all posts

SITI dan Bonnie jaguh paralimpik negara.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.052050 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list