CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1479|Reply: 1

[Kedah] Banjir di Yan ragut satu nyawa, seorang masih hilang

[Copy link]
Post time 18-8-2021 11:03 PM | Show all posts |Read mode
Banjir di Yan ragut satu nyawa, seorang masih hilang[size=0.8]Oleh Noorazura Abdul Rahman - Ogos 18, 2021 @ 10:54pm[email protected]


Keadaan banjir di satu daripada kawasan di Yan petang tadi -Foto NSTP/Zuliaty Zulkifli





ALOR SETAR: Banjir kilat dan fenomena kepala air di Yan meragut satu nyawa manakala seorang mangsa masih hilang.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata mangsa lelaki yang meninggal dunia itu berusia 60 tahun yang identitinya belum dikenal pasti.
"Kejadian tanah runtuh di Gunung Jerai pula, dua mangsa dijumpai (selamat) dan seorang masih hilang.
"Bagi kejadian rumah runtuh di Chalet Salak Denai, seorang masih hilang dan terdapat mangsa terperangkap di atas bumbung rumah di Kampung Setoi," katanya dalam kenyataan malam ini.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri membuka Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir kilat Yan yang akan dibahagikan kepada tiga kategori membabitkan mangsa yang positif COVID-19, mangsa yang dikuarantin dan yang biasa.
Katanya, siasatan awal mendapati seramai 14 mangsa yang dipindahkan adalah positif COVID-19, 45 mangsa yang dikuarantin dan 60 mangsa biasa.
"Mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Teroi.
"Mangsa yang positif tempatkan di SK Teroi dan mangsa biasa di SMKA Yan," katanya.

Muhammad Sanusi berkata, kejadian banjir berpunca dari hujan lebat berterusan di kawasan Gunung Jerai dengan air mengalir laju turun ke kaki gunung dan masuk ke Sungai Kunyit, Sungai Teroi dan Sungai Puteri Mandi.
Katanya, berikutan itu banjir melanda kawasan berhampiran Sungai Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi.











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2021 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah buat mangsa yang meninggal. Semoga yang hilang tu djumpai nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.046922 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list