CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 973|Reply: 0

[Kedah] Helikopter akan digunakan bantu cari dua mangsa hilang

[Copy link]
Post time 21-8-2021 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Helikopter akan digunakan bantu cari dua mangsa hilang[size=0.8]Oleh Zuliaty Zulkiffli - Ogos 21, 2021 @ 8:41am[email protected]




YAN: Polis Kedah akan memohon bantuan helikopter dari Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk melakukan pemantauan melalui udara di kawasan operasi pencarian dua mangsa yang masih hilang berhampiran Gunung Jerai, di sini.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata setakat ini Unit Dron Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah berada di lokasi pencarian dan turut membantu dalam operasi pencarian.

Beliau berkata, operasi hari ini membabitkan 308 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi yang dibahagikan kepada beberapa sektor pencarian mangsa yang hilang sejak Rabu lalu akibat tragedi kepala air.
Selain itu katanya, khidmat anjing pengesan K-9 PDRM turut digunakan untuk pencarian dua mangsa yang masih hilang di Titi Hayun dan Salak Denai.

Pasukan penyelamat melakukan misi pencarian di Titi Hayun semalam. - NSTP/Zuliaty Zulkiffli
Pasukan penyelamat melakukan misi pencarian di Titi Hayun semalam. - NSTP/Zuliaty Zulkiffli
Taklimat operasi membabitkan pelbagai agensi untuk pencarian dua mangsa di Yan semalam. - Foto Bomba

"Kejadian itu turut menyebabkan banjir di 18 kampung di tiga daerah iaitu di enam kampung di daerah Kuala Muda dan sembilan Kampung di Yan.
"Kebanyakan kampung di kawasan Yan mengalami banjir yang turut disertai lumpur dan tiga kampung di Bandar Baharu pula dinaiki banjir kilat," katanya ketika ditemui sewaktu melakukan pemantauan di Pusat Kawalan Operasi di Titi Hayun, hari ini.

Terdahulu, beliau turut melakukan tinjauan di kawasan operasi dan melakukan perbincangan dengan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkaitan operasi yang sedang dijalankan.
Kamarul Zaman berkata, kebanyakan mangsa di tiga daerah yang terjejas akibat banjir ini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk keselamatan.
Bagaimanapun, setakat ini semua PPS di Kuala Muda dan Bandar Baharu sudah ditutup manakala PPS di Yan masih aktif walaupun tiada mangsa yang berada di pusat pemindahan berkenaan.

Dalam kejadian Rabu lalu, empat mangsa meninggal dunia manakala dua masih hilang selepas dihanyutkan air deras akibat kepala air yang berlaku di Gunung Jerai pada jam 4.30 petang.
Bagaimanapun, operasi pencarian dua mangsa berkenaan masih diteruskan dan disambung hari ini.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat (kanan) dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon melihat pemantauan melalui dron PDRM di kawasan operasi pencarian dua mangsa yang masih hilang di sekitar kawasan Titi Hayun dan Salak Denai. - NSTP/Zuliaty Zulkiffli






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.199662 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list