"Terima kasih Abang @shuibsepahtu. Ujian seperti ini merubahkan hidup saya, masyaallah."
YouTuber sensasi Aisar Khaled semalam berkongsi hantaran voice note WhatsApp Shuib yang memaafkan tindakan melampaunya, baru-baru ini.
Kredit foto: IG
Suami kepada Siti Sarah Raisuddin berkata, dia enggan menyimpan dendam atas perbuatan Aisar yang memuat naik kandungan video menziarahi pusara Allahyarham pada hari sama kematiannya.
Kredit foto: Citer Maya
Kata Shuib, dari awal melihat video kontroversi itu, dia sudah memaafkan Aisar.
"Tiada guna saya nak sakit hati dan berdendam. Saya nak mudahkan urusan orang lain sebab saya juga minta Allah mudahkan urusan saya.
"Saya juga selalu berbuat salah dan dosa. Tapi mungkin apa yang kita boleh ambil pengajaran ini, janganlah kita membuat kesalahan sama ataupun kita tidak perasan kesalahan itu tidak sepatutnya kita buat.
"Saya doakan awak terus menjadi YouTuber hebat, baik dan bagus. Gunakan platform kita untuk sebar kebaikan. Jangan jadi orang yang terlalu seronok membuat kandungan sampai akhirnya apa yang kita buat itu memakan diri sendiri," katanya.
Rata-rata netizen memuji Shuib yang sudi memaafkan Aisar dan berharap Youtuber itu tidak mengulangi kesilapan serupa.
Kredit foto: IG
Harap Aisar akan menjaga adab dan tutur kata selepas ini. - CARI
|