CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1602|Reply: 10

9 ditahan kerana bekerja dalam tempoh kuarantin

[Copy link]
Post time 22-8-2021 09:48 AM | Show all posts |Read mode
Kampar: Sembilan warga asing bersama seorang penyelia ditahan selepas dikesan bekerja walaupun sedang menjalani kuarantin.

Kesemua mereka yang bekerja di sebuah premis pembekal dan membungkus sayur di Kawasan Perindustrian di sini, ditahan selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Pemulihan Negara Fasa 2.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, penyelia berusia 32 tahun dan pekerja antara 25 hingga 40 tahun itu ditahan selepas sepasukan pegawai dan anggota petugas Ops Covid/Ops Patuh Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar membuat pemeriksaan di premis berkenaan pada jam kira-kira 12.30 tengahari, semalam.

"Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki warganegara tempatan iaitu penyelia premis dan sembilan pekerja warga asing yang memakai gelang warna merah jambu di pergelangan tangan sedang bekerja.


"Semakan pada gelang berkenaan mendapati penyelia dan pekerja terbabit masih dalam tempoh kuarantin bermula Rabu lalu hingga 27 Ogos ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini

Hasron Nazri berkata, hasil siasatan juga mendapati penyelia premis berkenaan mengarahkan sembilan pekerja warga asing terbabit yang tinggal di aras dua supaya datang bekerja di tingkat bawah premis pada jam 8 pagi semalam.

"Perintah kuarantin sudah dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kampar dan dipakaikan gelang kuarantin pada pada Jumaat lalu.

"Oleh itu, tangkapan dibuat terhadap penyelia premis bersama sembilan pekerja berkenaan kerana melakukan pelanggaran SOP PKP Pelan Pemulihan Negara (Fasa 2)," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin menularkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa dan Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

"Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2021 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 22-8-2021 10:07 AM

Warga asing mana pedulik undang2 gelang pink ke hape...SOP pon x reti jaga..duk dekat2 berhimpit2..derang tetap nk keluar rmh nk kerja nk cari duit! Untung la x diberhentikan keje mcm rakyat tempatan !! Pelik x pelik malaysia ni..warga asing msh ada keje sdgkn rakyat tempatan tgh ssh sengsara sekarang ni!dulu2 ada jgk kilang sediakn hostel utk warga tempatan tp kilang besar2 la mcm motorola dll..skrg ni kilang blh pulak bg hostel kat bangla duk ramai..janji jimat duit tokei kilang bayo gaji rendah !!Pdhal org Mesia sendiri yg dr kg nk menapak duk kl kemain susah!
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 22-8-2021 10:05 AM
Warga asing mana pedulik undang2 gelang pink ke hape...SOP pon x reti jaga..duk dekat2 berhimpit2..d ...

warga asing msh ada kerja sb 'tak lwn tauke'...bila diarah langgar sop,undang2.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 11:09 AM | Show all posts
rosmahisham replied at 22-8-2021 10:05 AM
Warga asing mana pedulik undang2 gelang pink ke hape...SOP pon x reti jaga..duk dekat2 berhimpit2..d ...

bukankah disebabkan warga asing sanggup keje sektor 3D dan juga diberi gaji rendah yang menyebabkan penyelia atau pengusaha kilang mengambil kesempatan? more so, warga asing ni klau yg tade permit sah , lagila diorg ikut je apa penyelia diorg suruh. takut dihantar pulang ke negara asal atau diserah ke imigresen. ada berita yang i pernah baca sblum ni, cthnya, warga tempatan yg keje pasar atau kebun, semua tak tahan lama. akhirnya terpaksa jugak amik warga asing. forget about others, sepupu i sendiri pernah tukar2 keje, kononnya sebab tak nk keje susah. dia pernah keje kat pasaraya, bengkel, and even as customer service kt grab.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 22-8-2021 10:05 AM
Warga asing mana pedulik undang2 gelang pink ke hape...SOP pon x reti jaga..duk dekat2 berhimpit2..d ...

Kan.
Jarang dgr warga asing kena kompaun
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 02:55 PM | Show all posts

Penyelia Arah 9 Pekerja Bergelang Pink Datang Bekerja Ditahan

Seorang penyelia bersama sembilan pekerja sebuah premis pembekal dan pembungkusan ditahan ketika bekerja selepas didapati memakai gelang kuarantin merah jambu pada Sabtu.


Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, tangkapan dibuat selepas sepasukan pegawai dan anggota Task Force Ops Patuh Ibu Pejabat Polis (IPD) Kampar melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Jalan Teknologi 3, Kawasan Perindustrian Gopeng 2 kira-kira jam 12.30 tengah hari.




Gambar hiasan




Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap kesemua mereka mendapati penyelia kedai berusia 32 merupakan warga tempatan bersama sembilan pekerja warga asing berusia dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun itu masih dalam tempoh kuarantin bermula 18 hingga 27 Ogos.


"Hasil siasatan mendapati penyelia premis tersebut mengarahkan sembilan pekerja terbabit yang tinggal di aras dua supaya datang bekerja pada pada jam 8 pagi di tingkat bawah premis berkenaan.


"Tangkapan dibuat terhadap penyelia premis bersama kesemua pekerja tersebut kerana telah melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 2," katanya menerusi satu kenyataan akhbar pada Ahad.


Menurutnya, perintah kuarantin dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kampar dan kesemua mereka dipakaikan gelang kuarantin pada pada 20 Ogos lalu.


Jelas Hasron, kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2021 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Gilo {:dot padan muka kau cashhh {:laugh {:laugh
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
warga asing rajin..kuarantin pakai gelang pink pon datang kerja...warga tempatan pemalas ada camni?-forumer lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2021 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sila kompaun sampai bangkrap
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Pikir nak untung je drg ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 05:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.600653 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list