View: 1273|Reply: 11
|
Ada Nat Dan Skru Dalam Piza, Nasib Tak Tercekik!
[Copy link]
|
|
Seorang wanita terkejut selepas menemukan nat dan skru dalam piza yang ditempahnya.
Lapor Metro, Gemma Barton sudah hampir separuh menikmati pizanya ketika dia menemukan objek tersebut yang tersembunyi dalam keju.
Terkejut dengan keadaan itu, wanita tersebut kemudiannya menghubungi kedai piza berkenaan di Thornton Cleveleys, Lancashire untuk memaklumkan penemuannya.
Foto: Agensi
Pengurus cawangan kedai tersebut segera memohon maaf dan memulangkan semula duitnya.
Selepas insiden itu, Barton memuat naik gambar piza yang ditempahnya ke dalam media sosial dan meminta orang ramai supaya berhati-hati.
“Tolong periksa terlebih dahulu sebelum makan piza anda kerana berisiko tercekik objek yang berbahaya.
“Tidak dapat bayangkan jika ada di antara kita yang tertelan dan tercekik skru atau nat,” katanya.
Dalam pada itu, jurucakap kedai pizza tersebut kesal dengan kejadian berkenaan dan memohon maaf atas perkara yang berlaku.
“Kami mengambil serius atas semua aduan yang dibuat oleh pelanggan kerana hal itu penting untuk meningkatkan kualiti piza kami.
“Kami mohon maaf atas kecuaian ini dan akan menambah baik perkhidmatan dari semasa ke semasa,” ujarnya. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
“Tolong periksa terlebih dahulu sebelum makan piza anda kerana berisiko tercekik objek yang berbahaya.
“Tidak dapat bayangkan jika ada di antara kita yang tertelan dan tercekik skru atau nat,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
macam manaaaaa??
buat apa sebelumnya kedai tu sampai boleh ada nat skru?? |
|
|
|
|
|
|
|
pelik betul kena dengki ke? |
|
|
|
|
|
|
|
dah mcm mana tetibe muncul kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti jatuh dari oven pembakar pekerja pulak tak periksa dulu sebelum beri pada pelanggan |
|
|
|
|
|
|
|
dah mcm bengkel pulak dah ada nut dgn bolt
|
|
|
|
|
|
|
|
Sabotaj la tuuu..lain la ada sudu ka..garfu kaa..logik jugak . |
|
|
|
|
|
|
|
special toppings ?yuckk |
|
|
|
|
|
|
|
aduhaii.. nasib x tercekik atau patah gigi |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib nat dan skru. Kot masa kunyah tu boleh gak perasan. Org kedai tu pun tak pernah ke check mesin2 deols.
Tapi nauzubillah harap jgn la jadi kat ai |
|
|
|
|
|
|
| |
|