|
Kerajaan negeri Kelantan mungkin membeli sendiri vaksin Covid-19 jika bekalan diterima daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi tidak mencukupi berbanding keperluan semasa.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, pihaknya bersedia membeli apa sahaja jenis vaksin sama ada keluaran Pfizer-BioNTech, Sinovac mahupun CanSino.
“Ketika ini, kerajaan negeri sedang fikir dan buat pengiraan, kalau (bekalan) vaksin tidak sampai seperti mana kehendak kita, maka kita terpaksa tambah dan beli sendiri.
Gambar hiasan
“Kita akan tengok keadaan dan tunggu maklumat rasmi daripada kementerian berkaitan bekalan dulu, sebelum buat keputusan,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.
Mengulas lanjut tentang perkembangan vaksinasi di Kelantan, Dr. Izani berkata, berlaku pengurangan drastik individu yang tidak hadir janji temu suntikan vaksin, menunjukkan kesedaran rakyat Kelantan untuk divaksin semakin bertambah.
“Sekarang ini rakyat Kelantan berebut mahu terima vaksin, berbanding di peringkat awal dulu apabila hampir 40 peratus individu sudah mendaftar tidak hadir janji temu.
“Rakyat mula melihat keberkesanan vaksin apabila jangkitan dapat dikurangkan dengan jumlah kemasukan pesakit 60 tahun ke atas juga berkurangan,” katanya.
Sumber: Utusan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|