Seorang wanita bangga memberitahu kepada umum apabila dia dan keluarganya dikatakan dibenarkan untuk dine-in di sebuah kedai makan walaupun belum menerima suntikan vaksinasi lengkap.
Status dan kisah berkenaan telah mendapat perhatian ramai termasuklah pengarah drama, Shahrulezad yang turut bengang dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Kredit foto: IG Budak Ijat
Pengarah drama Takdir Yang Tertulis meluahkan rasa bengang dan terkilan dengan sikap rakyat Malaysia yang enggan menerima suntikan vaksin. Malah, individu tersebut difahamkan turut ke kedai makan untuk dine-in dan gunting rambut sekali gus membimbangkan ramai pihak.
Shahrulezad turut meminta golongan yang enggan menerima suntikan vaksin ini untuk berhenti melakukan provokasi kepada masyarakat. Di samping itu, pengarah drama ini juga memohon orang ramai untuk sentiasa menjaga kesihatan diri dan keluarga agar dijauhi daripada wabak tidak diingini.
"Ini namanya meminta bala. Pihak berkuasa tolong ambil tindakan tegas," tulisnya.
Sumber:OHBulan |