View: 1313|Reply: 6
|
[Tempatan]
Pemerdagangan manusia: Pelawak tidak didakwa. Pelawak hanya membantu siasatan
[Copy link]
|
|
Pemerdagangan manusia: Pelawak tidak didakwa
https://www.utusan.com.my/terkin ... awak-tidak-didakwa/
Oleh NOR AINNA HAMZAH
23 Ogos 2021, 6:35 pm
KUALA PILAH: Dua individu dipercayai terbabit dalam kes pemerdagangan manusia yang dibongkar polis 1 Ogos lalu, akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah, esok.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, dua individu terbabit masing-masing seorang lelaki dan wanita.
Bagaimanapun, jelas beliau, seorang pelawak yang dikatakan terlibat dalam kes berkenaan sebelum ini tidak dihadapkan ke mahkamah.
Kata beliau, penahanan pelawak tersebut sebelum ini hanya bagi membantu siasatan kes berkenaan.
“Pelawak berkenaan hanya membantu siasatan dan menjadi saksi kes sahaja,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Utusan Online pada 3 Ogos lalu melaporkan, seorang pelawak berusia 40-an ditahan bagi membantu siasatan kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah dalam serbuan Op Pintas.
Dalam operasi berkenaan, polis turut menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di daerah yang sama dan kini wanita berkenaan mendapat perintah perlindungan sementara serta ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Pelawak berkenaan turut dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan). – UTUSAN ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
iol tak boleh get over satu ni
pelawak tu memang boypreng dat lady ke hapo?
|
|
|
|
|
|
|
|
Lorrr..laporan polis ada nama pelawak tu
|
|
|
|
|
|
|
|
So laporan yg berterbangan selama ini yg ada nama tu betul ke idak? |
|
|
|
|
|
|
|
dia bawak petai je uolsss sampai kena siasatttt |
|
|
|
|
|
|
|
So laporan polis yang ada nama pelawak tu fake ke..? Haaa sudahhh rmaii laa kena mrangkak mintak maap dengan pelawak iteww termasuklah iols |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita tawar khidmat s3ks didenda RM4,000
Oleh NOR AINNA HAMZAH
24 Ogos 2021, 12:48 pm
KUALA PILAH – Seorang wanita yang masih bujang didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit dengan aktiviti persundal@n dengan menawarkan khidmat s3ks.
Jika gagal membuat pembayaran, wanita berkenaan akan berhadapan dengan hukuman penjara lima bulan.
Tertuduh, Junaidah Michael Reni Martin, 31, membuat pengakuan berkenaan dihadapan Majistret, Saiful Sayoti selepas pertuduhan dibacakan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, pada 1 Ogos kira-kira pukul 11.50 pagi bertempat di sebuah bilik di Melang Inn Hotel, tertuduh telah mencari langg@nan bagi maksud persundal@n.
Tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dituduh mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana melakukan persundalan.
Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Nur’Atiqah Sapari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sementara itu, di Mahkamah Seksyen, di sini, seorang lelaki mengaku tidak bersalah menjadi orang tengah bagi persundalan ke atas Junaidah pada 1 Ogos kira-kira pukul 11.50 pagi bertempat di sebuah bilik di Melang Inn Hotel.
Tertuduh, Lim Kevin, 38, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim, Norma Ismail selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dituduh mengikut Seksyen 372(1) (f) Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga tempoh 15 tahun, sebatan dan denda.
Norma kemudiannya menawarkan wang jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes adalah pada 23 September ini.
Selain itu, Norma turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang menganggu saksi dan dikehendaki lapor diri di balai terhampir pada setiap bulan.
Pendakwaan dilakukan DPP, Christhoper Enteri Anak Mawan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Kosmo! Online 3 Ogos lalu melaporkan seorang pelawak berusia 40-an ditahan bagi membantu siasatan kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah dalam serbuan Ops Pintas.
Pelawak berkenaan turut dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).
Bagaimanapun, pelawak berkenaan yang sebelum ini disebut tidak dihadapkan ke mahkamah kerana penahanannya hanyalah bagi membantu siasatan kes berkenaan sahaja.-K! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
| |
|