View: 2652|Reply: 33
|
Fakta Sedih: 1,517 Pelajar Yatim Piatu, Ibu Bapa Maut Akibat Covid-19
[Copy link]
|
|
Fakta menyedihkan apabila seramai 1,517 pelajar di seluruh negara disahkan menjadi anak yatim atau yatim piatu akibat kematian salah seorang ibu bapa atau kedua-duanya sekali akibat virus Covid-19.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, angka direkodkan antara Mac tahun lalu sehingga Ogos itu disifatkan amat mendukacitakan dan perlu diambil langkah pembelaan sewajarnya.
"Walaupun angka ini dianggap kecil berbanding lima juta pelajar di seluruh negara ketika ini namun isu kebajikan semua anak-anak mangsa Covid-19 ini tetap diambil perhatian serius.
"KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pihak pengurusan sekolah sentiasa peka terhadap nasib pelajar yang kehilangan ibu bapa ini," katanya.
Foto: Harian Metro
Menurutnya, KPM turut menubuhkan pasukan khas iaitu Kebajikan Murid Guru di peringkat kementerian bagi memastikan tindakan dan bantuan segera disalurkan kepada golongan terbabit.
"elbagai bantuan akan disalurkan dengan segera antaranya bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan bantuan bekalan makanan di bawah Rancangan Makanan Tambahan bagi mereka yang layak serta penempatan pelajar ke asrama di bawah kelolaan KPM," katanya.
Sebelum ini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun memaklumkan seramai 33 kanak-kanak di seluruh negara dikenal pasti KPWKM menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat Covid-19.
Beliau berkata, maklumat mengenai kanak-kanak itu diperoleh dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Katanya, berikutan itu pihaknya akan memastikan kebajikan kanak-kanak itu terjaga dengan memberi perlindungan kepada mereka bagi memastikan masa depan mereka terjamin.
Menurutnya, kementerian mengambil inisiatif membuka penempatan kepada kanak-kanak yang memerlukan perlindungan akibat Covid-19 di tujuh institusi mengikut zon seluruh negara.
Institusi itu adalah di Rumah Kanak-Kanak (RKK) Pokok Sena, Taman Sinar Puteri (TSP) Batu Gajah, Melaka, TSP Cheras, Rumah Budak Lelaki (RBL) Melaka, RKK Mini Kelantan, TSP Kota Kinabalu dan TSP Kuching sebagai penempatan kanak-kanak sama ada secara sementara atau tetap.-CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya
moga Allah permudahkan semua urusan |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya.. what a tragedi.. tapi still ramai yang amek mudah covid ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau org kampung tu mmg dah biasa hidup susah serba sederhana.. ni yg golongan pertengahan.. kot ada pencen/epf.. hrpkan sanak sedara tolong jaga kebajikan..
dah biasa hidup senang semua mak ba[ak sediakan, tetiba hilang tempat bergantung |
|
|
|
|
|
|
|
Sayang ramai yang tak tahu mengenainya harap nasib anak2 yang ditinggalkan itu terbela. Benda kalau tak kena pada family sendiri mana nak terasa. Bila dah terkena barulah meratap hiba sesambil gigih nasihatkan orang lain pula. Yang baca nasihat pun sekadar baca je mana nak ambil iktibar maka terus menerus process berulang2 sampai AJM. |
|
|
|
|
|
|
|
harapnya ada yg sudi ambil jadi anak angkat. |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu ya Allah kau lindungi la anak2 yatim ni
Dr segala hal |
|
|
|
|
|
|
|
Tiap2 hari asyik berita duka shj |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian. Moga adik2 ni tabah harungi dugaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman aku jd anak yatim..ms membesar saudara mara,mak saudara,bapak saudara semua tkt gan kita org adik beradik ... Penah call mak long nk tanye khabar je boleh dia ckp semua family pun ade mslh masing2..so Aku diam je la lps tu..mak aku msk wad pun x bgtau kat dia org semua..hadap je la dgn adik beradik..tp bab reta bapak laju je tanye bape dapat.. |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 24-8-2021 07:07 PM
Pengalaman aku jd anak yatim..ms membesar saudara mara,mak saudara,bapak saudara semua tkt gan kita ...
Ni mmg btul..bab reta pandai ikut faraid..tp bab ank2 sedara, xnk lak ikut faraid..xnk ad tanggungjawab... |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya lahaiii adek2 ni...
moga dibela hak mereka dan jangan laa sedara mara deme
jenis hati hitam busuk buat jahat kat anak2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah sedihnye.. moga Allah memelihara ank2 ni dan membsr jd ank soleh dan solehah berjaya dunia akhirat.. |
|
|
|
|
|
|
|
elnor_81 replied at 24-8-2021 07:17 PM
Ni mmg btul..bab reta pandai ikut faraid..tp bab ank2 sedara, xnk lak ikut faraid..xnk ad tanggung ...
Sedih tau ms tu..mmg ingat sampai skrg pe yg mak saudara ckp satu persatu.. semoga anak2 yatim yg lain x alami mcm aku |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga anak2 ni jd insan berguna
Semoga laluan mereka utk berjaya dipermudahkan
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Allah beri kekuatan pada mereka yg tinggal. & semoga yg telah pergi ditempatkan dikalangan yg bertakwa. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Allah balas dan ganti kesabaran dan kesedihan awak dengan sesuatu yg lebih baik, amin.
|
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 24-8-2021 07:07 PM
Pengalaman aku jd anak yatim..ms membesar saudara mara,mak saudara,bapak saudara semua tkt gan kita ...
Sebab tu ai live by the prinsip - duit dan harta bukan saudara sis. Meaning - karna harta, saudara boleh berbunuhan, boleh saling tak kenal. |
|
|
|
|
|
|
|
Ye allah, memang sian dan sedih dengar. Moga Allah permudahkan semua urusan. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga laluan mereka untuk berjaya dipermudahkan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|