View: 715|Reply: 1
|
'Saya tahu individu itu' - Chong Wei
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei tidak mahu menamakan dan memalukan individu yang cuba mengatur perlawanan pada aksi separuh akhir Sukan Asia Doha 2006 antaranya dengan jaguh Indonesia, Taufik Hidayat.
Taufik, yang muncul juara di temasya itu, menerusi satu temuramah mendedahkan bahawa dia pernah didekati oleh seorang pegawai dari Malaysia untuk tewas pada perlawanan berkenaan.
Dalam satu temuramah bersama seorang wartawan Indonesia, pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2004 itu mendakwa dia ditawarkan ganjaran berganda daripada sejumlah 200 juta rupiah (RM60,000) yang ditawarkan kerajaan Indonesia jika dia memenangi saingan itu.
Chong Wei yang terkejut dengan pendedahan itu berkata, dia ada menghubungi Taufik berkenaan isu itu.
"Sejujurnya saya tak tahu mengenai perkara ini. Saya terkejut apabila orang ramai mula menghubungi saya.
"Taufik adalah sahabat saya, jadi saya terus menghubunginya. Dia memberitahu saya apa yang berlaku.
"Syukur untuk orang seperti Taufik dan saya, mewakili negara sentiasa menjadi keutamaan.
"Saya tahu siapa individu itu tetapi perkara ini sudah berlaku sejak sekian lama. Saya percaya kita harus terus pandang ke depan.
"Saya tidak mahu menyebut nama atau memalukan sesiapa sahaja," kata Chong Wei.
Pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu mengakui dia juga pernah didekati oleh bookie untuk mengatur perlawanan tetapi menegaskan tidak pernah terbabit dengan semua aktiviti itu.
Pada 2018, dua pemain profesional negara, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang masing-masing dikenakan hukuman penggantungan selama 20 dan 15 tahun oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana mengatur perlawanan.
"Saya akui saya juga pernah didekati satu ketika dulu untuk sengaja tewas dalam perlawanan. Ketika itu saya masih muda.
"Tapi, membawa nama negara adalah keutamaan saya. Sebab itulah saya menjauhkan diri daripada aktiviti seperti itu," kata Chong Wei yang mengumumkan persaraan pada 2019 selepas disahkan menghidap kanser hidung.
Seperti Chong Wei, Taufik juga tidak mahu mendedahkan identiti pegawai berkenaan yang juga bekas pemain kebangsaan.
Pada Sukan Asia 2006, Taufik menewaskan Chong Wei 21-16, 21-18 pada aksi separuh akhir dan kemudian menewaskan jaguh China, Lin Dan 21-15, 22-20 di pentas final.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
CHONG Wei (kanan) mempunyai hubungan yang baik dengan Taufik. FOTO NSTP |
|
|
|
|
|
|
| |
|