View: 9196|Reply: 129
|
132 Perceraian Sehari Sepanjang Pandemik
[Copy link]
|
|
Pandemik Covid-19 bukan sahaja menimbulkan krisis kesihatan dan ekonomi, malah turut mengheret kepada permasalahan rumah tangga.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Faiz Fadzil berkata, laporan sebuah media mengenai kes perceraian orang Islam sejak pandemik Covid-19 dari Januari 2020 hingga Jun lalu melonjak kepada 71,806 kes.
Gambar hiasan
Kata beliau, angka itu amat membimbangkan dan perlu diurus dengan baik oleh kerajaan dan pihak berkuasa agama.
“Kebiasaannya faktor ekonomi akibat kehilangan pendapatan boleh membawa kepada perceraian dan keadaan ini boleh meningkatkan masalah tekanan hidup yang sedang dihadapi rakyat hari ini.
“Walaupun perceraian diizinkan dalam Islam, namun kesan sosio-ekonomi kepada keluarga terlibat yang membimbangkan kerana memberi kesan buruk kepada anak-anak.
“Jika perceraian tidak diuruskan dengan baik dan bersefahaman, kebajikan anak-anak boleh terabai dari sudut nafkah, tumpuan pendidikan yang terjejas dan kesan psikologi serta pemikiran anak-anak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Semalam, sebuah media melaporkan Pegawai Khas kepada Ketua Hakim Syarie Malaysia, Abdul Fattah Kamaruddin sebagai berkata, dari jumlah itu bermakna purata 132 pasangan suami isteri berpisah setiap hari.
Beliau dilaporkan berkata, punca utama perceraian itu adalah masalah kewangan.
Gambar hiasan
Menurut Faiz, anak-anak yang dahagakan kasih sayang kedua ibu bapa akan tertekan jika terpaksa bergilir setiap hujung minggu untuk bersama ibu atau bapa mereka dan kesan lebih meruncing jika ada pasangan mengabaikan anak-anak.
“Jika kebajikan anak terabai terutama pendidikan, ia akan menjejaskan pembangunan modal insan anak-anak Melayu yang berkualiti bagi mengharungi kepesatan pembangunan negara.
“Justeru, badan berkuasa dan institusi Islam seperti Pusat Zakat, Baitulmal dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) perlu mengkaji bantuan atau menetapkan satu metrik baharu untuk memastikan kebajikan anak terjamin terutama dari sudut perbelanjaan harian dan pendidikan.
“Kementerian Wanita dan Keluarga perlu mengambil serius masalah perceraian ini dan perlu mengadakan pelbagai program yang boleh menyedarkan pasangan mengenai impak perceraian,” katanya.
Beliau berkata, bagi wanita yang bercerai, tuntutan terhadap bekas suami boleh difailkan di Mahkamah Syariah di daerah masing-masing.
Tuntutan itu melibatkan tuntutan nafkah iddah (tiga bulan), tuntutan mut’ah (pampasan perceraian), tunggakan nafkah (jika tiada nafkah ketika perkahwinan), nafkah anak dan harta sepencarian sepertimana termaktub dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam dan hukum syarak.
Menurut Faiz, penyelesaian baik dan bersefahaman antara pasangan pasca perceraian amat penting supaya kehidupan diteruskan dengan tersusun.
“Bagi yang tidak mampu, pasangan bercerai boleh mendapatkan khidmat guaman percuma daripada Jabatan Bantuan Guaman (JBG) di Wisma Persekutuan.
“Namun, masalah yang sering menghantui pasangan bercerai adalah kegagalan bekas suami untuk membayar tuntutan setelah keputusan dan perintah dikeluarkan Mahkamah Syariah.
“Masalah ini perlu diselesaikan di peringkat dasar oleh kerajaan di mana undang-undang yang lebih berkesan dan praktikal perlu digubal supaya kepentingan wanita dan kanak-kanak dalam negara ini terus terbela,” katanya.
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
Sorg staf bwh aku pun bercerai awal thn hari tu..dgn pernah terkena covidnye lg…nafkah mmg xdpt..kesian betul..anak2 kecik 3 org.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ampon ramainya dlm sehari..... |
|
|
|
|
|
|
|
Awal2 pandemik aritu kan kat twitter diaorg buat trend senang nye kahwin....ntahlah...I anggap org yg bercerai ni adelah bende yg patut diaorg blajar drpd penceraian tu |
|
|
|
|
|
|
|
jgn la bcerai time2 kobid nih.xde bini/laki time2 sakit susah ooo |
|
|
|
|
|
|
|
sape2 yang tak puas dengan pasangan mereka, PM je bangkem (isteri sahaja)
bangkem bantu mana yang patut |
|
|
|
|
|
|
|
bila dah tahu erti perkahwinan...
terutama di zaman pandemik ni
segala benda tak stabil...
takziah diucapkan |
|
|
|
|
|
|
|
banyak suri rumah yg biasa berjalan ke sana ke sini pg kedai bunga, shopping mall etc...itu shj activity mereka dari zaman muda pendek cerita sudah 10-30 thn mcm tu...tiba tiba ada pendemic...ada PKP yg amat panjang...yg paling menyakitkan adalah sekatan jalan raya rentas daerah di Sabah terutama antara Papar- KK - Tuaran....
banyak ibu ibu mengamuk, marah marah tak tentu pasal sbb mereka susah bergerak ke sana ke sini sbb mereka tidak berkerja & tiada surat utk rentas daerah....
imagine perasaan mereka & kegilaan mereka...mereka ini lepaskan marah mereka pada siapa kalau bukan pada anak anak & suami...
kerajaan patut fikirkan ini & jangan panjangkan kawalan sempadan daerah ini sbb bukan terbukti pun untuk mengawal kes covid-19...ramai di luar sana suri rumah dah duduk rumah mcm org gila....bercerai sudah baik tapi mcm mana kalau bunuh diri sbb tekanan??? |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 25-8-2021 01:55 PM
sape2 yang tak puas dengan pasangan mereka, PM je bangkem (isteri sahaja)
bangkem bantu mana yang ...
Pijat semut tak mampos kau kt rumah dgn bini...ada hati nak tolong istrri isteri diluar yg bermasalah...
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah utama masaalah kewangan tambah dah disuruh duduk rumah tak boleh kemana2. Rumah pulak kecik tak ada laman nak bercucuk tanam kehapa. Muka tu je dilihat selain tv dan dinding rumah jadi dari sekadar cakap lama2 jadi berbalah membawa ke pergaduhan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sayawifenikmie at 25-8-2021 02:35 PM
saya tak rasa sebab yg u cakap tu la beb
lebih kepada sebab masalah kewangan
suami tak kerja ke
isteri tak kerja ke
pendapatan isi rumah tak ada atau jauh berkurangan
tak mampu dan support belanja rumahtangga
bila dah tak kerja hilang kerja
duduk berkurung rumah sempit sepah anak2 lari sana sini bergaduh
isteri atau suami memekak sebab duit tak ada
tak ada benda nak makan
anak2 bising nak jajan
etc
etc
mula lah bergaduh
dan end up ........ terlafaz talak etc etc ..
kesian anak anak ....
atau ramai lelaki yg mengambil jalan mudah
melepas beban dengan menceraikan isteri
anak2 bagi isteri
dia hanya perlu pikir survival diri dia jer
jantan durjana !!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 25-8-2021 01:55 PM
sape2 yang tak puas dengan pasangan mereka, PM je bangkem (isteri sahaja)
bangkem bantu mana yang ...
Hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 25-8-2021 02:34 PM
saya tak rasa sebab yg u cakap tu la beb
lebih kepada sebab masalah kewangan
Dan aku doakan juga semoga sikap super extreme kau perihal SOP tidak sampai hilang pertimbangan akal dan ikhsan pada ahli kekuarga menyebabkan keberantakan dgn pasangan....
Perceraian can happen for the very little unthinkable unreasonable factors sometimes... |
|
|
|
|
|
|
|
Xdok dlm kasut depa leh speculate mcm2.. Sekecik2 menda mcm salah picit colgate pn leh jd sbb bcerai berai inikn pulak musim org pakat2 hilang mata pencarian. Mcm2 dlm kepala oiii. Kdg2 i pikir cerai ni cuma escapism ja. Bukan total solution. Ntah la..moga dpermudahkn urusan depa2 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Insyaallah tak Stink ... u doa kan lah kak lid
- kami (saya dan my doters) buat gardening kat belakang rumah + online biz + masak2
- anak syurga saya suka tengok Youtube dan lari2 atas threadmill dan lari2 dalam rumah (dia tak mahu keluar rumah langsung)
- cucu-cucu saya main2 blade kat jalan kecil depan rumah dan main2 ngan kucing / anak2 kucing
- suami saya .. lepas mengajar secara online, hubby saya tengok netflix pula siri2 kegemaran dia (cerita siri kan puluh2/ratus episod .. sampai AJM tak habis tengok)
- petang2 (weekend - sebab saya dah start WFO) kami ronda2 pusing bangi-kajang
hah .. nikmat apa yg nak kami dustakan?
Alhamdulillah .. musim pkp ni hubungan kami makin erat .. belum pernah kami suami-isteri anak-beranak bergaduh berbalah sepanjang mula pkp hingga sekarang .. Alhamdulillah
saya percaya ramai yg lain pun macam tu juga
hubungan kita sekeluarga menjadi semakin erat
semakin berkasih sayang dan saling menyayangi
yang teruji dengan masalah ekonomi
kita sama-sama bantu
kami (saya anak2 dan kawan2) beberapa kali buat collection membantu yg perlu
tak banyak .. tapi membantu juga
awak macam mana Stink?
ada masalah jangan terjun flat taukalau setakat nak belanjalunch atau dinner, boleh je kak lid payung kan ...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku stuju... sbnrnya more to masalah kewangan.. tu faktor paling utama.. sedeh tau sbb kewangan je boleh bercerai berai.. mcmlah masalah tu setel lepas bercerai.. sama je sbnrnya.. slh sorg je dpt lari dr masalah tu.. tmbh2 stress dgn anak2.. konfem2 kos nk bg makan meningkat.. pastu bila dh masing2 duduk rumah 24 jam, mula la menda kecik jd besar.. laki x basuh pinggan makan pon boleh cari gaduh..
aaarghhh aku pk situasi mcm ni pon aku dh stress...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya orang cuma tahu bercerai tapi bercerai tu kosnya tinggi. Dengan lawyer lagi, lepas tu elok2 satu rumah jadi dua. Lepas tu anak pun kesian, bertukar2 rumah. Ada kawan ai rileks je laki bawak lari dua anak kecik, dia jaga sorang. Pastu tiap2 dua minggu sekali budak2 tu kena bergilir. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahwainnalillhirojiun.. Allah kesiannya |
|
|
|
|
|
|
|
Mek yati acik gomen bercerai sblm PKP rileks je ..g opis dpt jmp scandel ..anak dh beso pandai jage adik2 ..Mek yati pulak mcm baru lps keluar gua..garit bermakeup selpi test market.. Laki org bos kt opis dlm tgn..
Bekas laki runing bisnes.. mek yati dpt freedom even tgh covid..
Cayalah.. Langkah pendek sbb covid..Kalau x lg enjoy.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|