Antibodi haiwan Llama kemungkinan besar akan mempunyai peranan global dalam membantu memerangi Covid-19.
Berita Mediacorp melaporkan, ini sekiranya ujian klinikal yang dijalankan syarikat bioperubatan Belgium berjalan lancar seperti dijanjikan, menurut Reuters.
Penyelidik dari Pusat Bioteknologi Perubatan VIB-UGent di Ghent berkata, antibodi yang diambil daripada seekor Llama yang diberi nama ‘Winter’ itu berjaya menghentikan penularan koronavirus termasuk variannya di dalam ujian makmal.
Kredit foto: Reuters
“Teknologi yang merupakan kemajuan terbesar ini dilihat dapat meningkatkan peranan vaksin dalam melindungi orang ramai yang mempunyai sistem berdaya tahan yang lemah, selain merawat para individu yang dijangkiti di hospital,” kata Ketua Pegawai Perubatan ExeVir VIB-UGent, Domunique Tersago.
“Antibodi Llama yang luar biasa dapat bercantum dengan bahagian tertentu pada S Protein virus dan kami tidak melihat mutasi pada kadar tinggi di sana,” katanya.
Antibodi itu juga menunjukkan tahap peneutralan kuat terhadap varian Delta yang mudah menular.
Menurut Ketua Kumpulan VIB-UGent, Xavier Saelens, seperti Llama dan spesis unta yang lain, Winter menghasilkan versi antibodi yang lebih kecil dan stabil berbanding haiwan-haiwan yang lain.
“Saiznya yang kecil membolehkan ia untuk mencapai sasaran hingga ke bahagian virus yang sukar diakses oleh antibodi biasa,” katanya.
Pencarian bagi rawatan Covid-19 itu adalah susulan kepada kajian yang dijalankan pada 2016 melibatkan penggunaan antibodi haiwan Illama untuk melawan virus SARS dan MERS.
Post time 25-8-2021 06:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Baru baca news ni kat fb. Hopefully jadikan lah penawar pesakit covid bukan vaksin. Penat dah baca theory conspiracy antivaks ni. So kalau dah ada ubat kepada pesakit covid, moga2 penyakit ni berkurang dan kita slowly develop imuniti naturally.