View: 1803|Reply: 12
|
Bekas Atlet Taekwondo Negara Jelaskan Kenapa Bersara Usia 21 Tahun
[Copy link]
|
|
Masih banyak impian tersisa, namun segalanya terhenti separuh jalan sahaja.
Begitulah kisah bekas atlet taekwondo negara, Razin Isyraf Grocer Abdullah, 23, yang bersara sekitar dua tahun lalu.
Kredit foto: IG Razin
Mesra disapa Razin, jejaka dari Bintulu, Sarawak itu mengakui rindu untuk beraksi seperti dulu-dulu, namun faktor kesihatan menjadi penghalang utama untuknya mengejar impian.
"Saya menyertai pasukan kebangsaan sejak 2016 sehinga 2019. Saya bersara pada umur 21 kerana kecederaan lutut, saya ambil keputusan untuk tak teruskan lagi.
"Sepanjang kerjaya, saya pernah beraksi di Sukan Sea di Filipina pada 2019 sehingga meraih pingat gangsa. Untuk Sukan Malaysia (Sukma) pula, saya bermain untuk pasukan Sarawak," ujarnya.
Jelas Razin yang kini bekerja dengan sebuah syarikat makanan di Cyberjaya, jauh di sudut hati dia rindu dan terkenang akan kenangan ketika bergelat atlet.
Namun katanya, dia reda dan berserah kepada rezeki untuk menceburi bidang lain dalam kehidupannya pada masa ini dan akan datang.
"Tipu kalau kata tak rindu. Kalau saya sihat, saya memang nak terus main taekwondo. Paling rindu tentunya suasana latihan.
"Ia membuatkan saya rasa ada sasaran dalam hidup. Setiap hari kita berlatih, kita akan tetapkan sasaran. Jadi hidup saya tak kosong," ujarnya.
Kata Razin lagi, selain bekerja dengan syarikat makanan, dia juga menemui minat baharu dalam hidupnya iaitu bidang perniagaan.
Jelasnya, dia sudah mencuba beberapa bisnes termasuklah dengan syarikat penapis air dan kini sedang fokus terhadap bisnes produk kolagen pula.
"Cabaran paling besar dalam bisnes merupakan rejection daripada pelanggan. Pada awal saya sertai bisnes, saya tak sedar akan hal itu.
"Mula-mula orang reject, saya rasa tak apa... esok ada lagi. Tapi akhirnya baru saya faham, saya belajar dengan pengalaman sendiri.
"Sukan dan bisnes ada cabaran tersendiri. Kalau atlet, cabarannya nak kena training, bagi komitmen dan disiplin untuk capai target. Bisnes pun ada target juga," ujar anak sulung daripada tiga beradik itu.
Kata Razin, dia memasang impian untuk mengeluarkan produk sendiri suatu hari nanti.
Pada masa sama, Razin tak menolak seandainya ada rezeki untuk dia bergelar jurulatih taekwondo suatu hari nanti.
"Ramai yang tanya kenapa berhenti sukan? Ada yang WhatsApp, ada yang direct mesage (DM). Jadi saya jelaskan baik-baik.
"Dulu jadi atlet, saya nak banggakan mak ayah sebab study saya tak berapa OK...saya cuma mampu banggakan mereka sebagai atlet.
"Biarpun famili sedih masa saya nak bersara, mereka beri sokongan kepada saya. Cuma sekarang saya kalau boleh nak ada produk sendiri. Kalau ada rezeki sebagai coach, saya tak menolak," ujarnya.
Dalam temubual sama, Razin sempat menzahirkan harapan agar pandemik di negara ini berakhir segera dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala.
"Harap sangat Covid-19 berakhir segera. Moga ia reda dan keadaan kembali macam dulu.
"Saya dah lama jauh dengan keluarga. Kali terakhir balik Bintulu pada tahun 2018," ujarnya lagi.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
paham... bila da anggota badan ada problem, nak buat apa pun terpaksa ada batas |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi coach pun ok dek. Rezeki masing masing |
|
|
|
|
|
|
|
Jagalah lutut tu. Kesihatan lebih penting. |
|
|
|
|
|
|
|
Minta lah kerja opis.bank ke. Company securities ke. IT company ke. Minta bahagian hr. Sure dapat. Sebab dah harumkan nama negara. ramai atlete join bank hr department. |
|
|
|
|
|
|
|
it's ok razin. walopon kejap je, u played your part. selamat maju jaya dlm bidang baru pulak |
|
|
|
|
|
|
|
xpe la dik. da rezeki jadi atlet smp gitu je
kesihatan mmg penting mana next boleh jadi coach plk ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Helokkk...dappp. .tiru ayat hj zila |
|
|
|
|
|
|
|
aku dulu waktu muda pun aktif silat
waktu training memang best gila. penat nak mateyyy. waktu balik, berdiri pun ketar kaki tak larat. tapi memang seronok, badan cergas, flexible, tumbuk tendang kuat
lepas tu lutut injured. terus bersara dari join silat
tak dapat dah join kawan-kawan sparring
p/s : sesi silat hujung kampung ja
jaga la lutut kome weyy |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg apa2 sports pun kan...kalo ada injuries yg mcm susah nak sembuh..or berulang2 ja...mmg terpaksa babai la though muda pun... |
|
|
|
|
|
|
|
Kat korea, atlet yg dpt pingat tertentu di sukan asia / Olimpik dpt excuse latihan ketenteraan wajib diorg. Antara reason nya, atlet ni pd usia muda lah waktu kemuncaknya. Kang kena masuk kem, henti latihan, terbantut plk karier sukan diorg. |
|
|
|
|
|
|
|
helokk,. hehheeh. jage bdn elok2 dik,,nk pakai lame. |
|
|
|
|
|
|
| |
|