CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1375|Reply: 2

Ganjaran Paralimpik kekal: Ahmad Faizal

[Copy link]
Post time 1-9-2021 07:59 AM | Show all posts |Read mode
Ganjaran Paralimpik kekal: Ahmad Faizal
| | 30 Ogos 2021

Ahmad Faizal (kanan) dan Ti Lian Ker (kiri) menerima jaket rimau sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi di Kementerian Belia dan Sukan sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai menteri di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama

MENTERI Belia dan Sukan yang baharu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berjanji imbuhan bagi atlet yang mencapai kejayaan di temasya Sukan Paralimpik 2020, akan kekal.

Beliau berkata, kejayaan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa dan usaha yang dilakukan mereka, dianggap lebih bernilai daripada ganjaran yang diberikan itu.

"Sudah tentu apabila kita perkenalkan satu dasar, kita akan terus ikut apa yang ditentukan. Ia juga sebagai pembakar semangat kepada para atlet yang bertarung pada Paralimpik Tokyo ini, yang membuat seluruh rakyat Malaysia berbangga.


"Setakat ini saya tidak nampak ia (ganjaran) akan diturunkan (kerana ramai menang pingat). Tetapi kita harapkan lebih ramai atlet akan berjaya," katanya pada sidang media pertama selepas memulakan tugasnya secara rasmi bersama Timbalannya Datuk Seri Ti Lian Ker di Menara KBS di sini, pada Isnin.

Di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), setiap atlet yang meraih pingat emas di Olimpik dan Paralimpik akan menerima insentif RM1 juta, diikuti RM300,000 bagi perak dan RM100,000 untuk gangsa.

Pemenang pingat juga layak menerima pencen bulanan sepanjang hayat sebanyak RM5,000 bagi emas, RM3,000 bagi perak dan RM2,000 bagi gangsa di bawah Skim Imbuhan Tetap Olimpik dan Paralimpik (SITO).

Ahmad Faizal dan Ti merupakan antara barisan menteri dan timbalan menteri yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, pada Isnin.

Sementara itu, Ahmad Faizal turut menegaskan bahawa beliau tidak akan tergesa-gesa untuk menukar polisi sedia ada di kementerian tersebut sehingga membawa kesan kepada atlet selepas berubahnya pucuk kepimpinan, tetapi fokus terhadap mencapai matlamat untuk memastikan atlet membawa pulang pingat daripada kejohanan antarabangsa.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -kekal-Ahmad-Faizal
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2021 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpa. Meol park dulu nak tengok result satgi ni

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah kekalkan. Daku jap2 kali tgk aksi atlet paralimpik nak meleleh air mata..dasar hati tisu. Cekal betul diorg dlm keterbatasan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.088607 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list