CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 873|Reply: 1

Keupayaan Raheem menjadikan dia idola ramai

[Copy link]
Post time 6-9-2021 12:47 AM | Show all posts |Read mode
London: Pemain Trent Alexander-Arnold memuji sahabatnya Raheem Sterling yang menjadi inspirasi kepada barisan pemain muda England dan menjadi idola kepada peminat bola sepak di seluruh dunia.

Sterling boleh dikatakan pemain Three Lions yang paling bersinar tahun ini selepas tamatnya Euro dan meneruskan tugas bersama skuad kebangsaan ketika bertemu Hungary pada Jumaat lalu.

Dia menjadi penjaring pertama buat England dalam tiga dari empat perlawanan pertama mereka di Euro 2020 dan diikuti dengan gol pembukaan ketika mereka melakar kemenangan 4-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia di Budapest.

Alexander-Arnold sudahpun melihat keupayaan Sterling ketika di tiba di Liverpool sebelum berpindah ke Manchester City.

Bek kanan itu berkata: "Raheem menjadi pemain berkelas dunia selama beberapa tahun.

"Aksi dan gol yang dihasilkan untuk setiap perlawanan dalam tempoh empat ke lima tahun, cara dia berkembang dari seorang pemain remaja menjadi lelaki dewasa, sangat luar biasa untuk disaksikan.

"Dia benar-benar menjadi modal kepada setiap orang di seluruh negara. Idola buat saya sudah semestinya.

"Dia adalah seorang pemain yang sebelum ini kurang mendapat perhatian media.

"Orang ramai memberi perhatian kepada Raheem untuk banyak perkara dan dia berjaya menanganinya dengan baik. Fokus kepada bola sepak membentuk dirinya dan berkembang menjadi pemain berkelas dunia dan seorang yang terbaik dunia. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2021 12:48 AM | Show all posts

AKSI Sterling tengah) berjaya memukau ramai pihak. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.052917 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list