CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 883|Reply: 1

Kedah tempang tanpa dua tonggak import

[Copy link]
Post time 6-9-2021 12:54 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Ketiadaan dua tonggak import iaitu Kpah Sherman dan Rabih Ataya amat diratapi kem pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) apabila hanya mampu meraih satu mata daripada dua aksi Liga Super dengan terbaharu tewas kepada Kuala Lumpur City (KL City) malam tadi.

Kekalahan 2-1 di Cheras itu serta diikat 2-2 oleh Sri Pahang di Kuantan Rabu lalu banyak dipengaruhi dengan kehilangan dua pemain utama itu yang dipanggil skuad kebangsaan masing-masing bagi menghadapi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022 ketika ini.

Situasi itu diakui pengendali KDA, Aidil Sharin Sahak yang menyifatkan ketiadaan Sherman (bersama skuad kebangsaan Liberia) dan Ataya (Lubnan) sedikit sebanyak mempengaruhi persembahan pasukan.

Begitupun, Aidil yang berasal dari Singapura enggan menjadikannya alasan sebaliknya mahu pemain bersatu hati dalam baki dua aksi selepas ini.

"Ya saya rasa dua pemain (Sherman dan Ataya) ini adalah pemain utama kami, tapi kami kena faham juga, kadang kala dalam bola sepak ia berlaku. Di mana mereka perlu beri komitmen kepada aksi jendela antarabangsa (mewakili negara masing-masing) dan kami kena faham dan sokong mereka.

"Tapi sudah tentu kalau tanya saya, benar kami merindui mereka. Namun kami takkan beri alasan oleh kerana ketiadaan mereka itu. Ia sebenarnya berkisar mengenai kerjasama dalam sepasukan," katanya sejurus tamat aksi dengan KL City malam tadi.

Pada aksi itu, dua gol KL City disumbangkan Romel Morales pada minit keenam dan Safee Sali (minit 26) sebelum pelawat merapatkan kedudukan menerusi Tchetche Kipre (minit 34).

Ditanya mengenai peluang skuad Helang Merah menamatkan kedudukan di tangga kedua liga, Aidil yakin skuad bimbingannya masih mempunyai kelebihan untuk muncul naib juara musim ini.

"Saya percaya dua aksi di Alor Setar (selepas ini) akan bantu kami dan kami agak lama beraksi di luar (gelanggang lawan) dan InsyaAllah pemain akan bangkit kembali," katanya.

Berdasarkan perkiraan matematik, KDA hanya memerlukan empat mata daripada baki dua aksi ketika pasukan lain hanya mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

Selepas ini, skuad Hijau Kuning akan menanti kunjungan UITM FC pada Rabu ini, sebelum menamatkan kempen dengan menentang Melaka United empat hari kemudian. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2021 12:57 AM | Show all posts

PENGENDALI KDA FC, Aidil Sharin Sahak. FOTO NSTP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.038090 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list