CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 764|Reply: 1

Hatrik Ifedayo benam Sabah FC

[Copy link]
Post time 6-9-2021 01:04 AM | Show all posts |Read mode
Kota Kinabalu: Selangor FC membelasah Sabah FC, 6-0 di laman sendiri, Stadium Likas, dalam saingan Liga Super, malam ini.

Kekalahan itu meneruskan rentetan kekalahan skuad Sang Badak dalam saingan liga selepas dibelasah UiTM FC, 4-0 di Shah Alam, 28 Ogos lalu.

Tonggak import pasukan Red Giants, Ifedayo Omosuyi memulakan pesta pelawat menerusi jaringan awal pada minit ke-22 berikutan kesilapan pemain Sabah yang tersalah menghantar bola di hadapan gawang sendiri.

Seminit kemudian Ifedayo sekali lagi bijak mencuri peluang apabila menerima hantaran bola daripada rakan untuk membolehkannya menambah jaringan.

Pelawat terus selesa di depan menerusi gol ketiga pada minit ke-45 menerusi Mukhari Ajmal sebelum rehat separuh masa perlawanan.

Bersambung babak kedua, Selangor menambah gol keempat menerusi Nor Hakim Hassan beberapa minit selepas aksi bermula.

Sekalipun Sabah yang dilihat tertekan cuba menyusun gerakan mencari gol namun usaha berkenaan tidak berjaya.

Selangor terus menambah derita tuan rumah menerusi jaringan Danial Asri pada minit ke-74 dan Ifedayo melengkapkan hatrik pada minit ke-88. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2021 01:07 AM | Show all posts

Pemain Sabah FC, Park Taesu (dua kiri) cuba merebut bola dari pemain Selangor FC, Aliff Haiqal Lokman dalam aksi Liga Super di Stadium Likas. FOTO Mohd Adam Arinin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.085550 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list