View: 999|Reply: 1
|
The Lion Troops tersingkir ke Liga Premier
[Copy link]
|
|
PASUKAN UiTM FC akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada kempen Liga Super selepas sah tersingkir ke kancah Liga Premier musim depan selepas tewas 0-1 kepada Petaling Jaya (PJ) City sebentar tadi.
Pada aksi di Stadium MBPJ itu, skuad The Lion Troops gagal meneruskan momentum tiga perlawanan tanpa kalah apabila gagal menyaingi kekuatan skuad tuan rumah bimbingan P. Maniam.
Pemain sayap sensasi The Phoenix, Khyril Muhymeen menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-39 untuk memastikan pasukan UiTM FC pulang dengan tangan kosong.
Keputusan 1-0 yang diraih oleh PJ City menyaksikan mereka menamatkan kemarau tanpa kemenangan selepas merekodkan enam kekalahan berturut-turut dalam pentas Liga Super sejak bulan lalu.
Kekalahan itu juga menyaksikan UiTM FC hanya mampu bertahan selama dua musim dalam kelompok liga ‘elit’ negara selepas dinaikkan pangkat buat pertama kali pada musim lalu.
Cuma, selepas mencipta kejutan dengan gelaran ‘pembunuh gergasi’ apabila menamatkan saingan di tempat keenam Liga Super musim 2020, UiTM FC yang kini dibimbing oleh Reduan Abdullah terpaksa akur tersingkir selepas hanya mengutip 9 mata daripada 20 perlawanan.
Kemenangan yang dicatatkan oleh PJ City itu memastikan mereka kekal berada dalam saingan Liga Super musim depan selepas mengutip 21 mata daripada 21 perlawanan. – K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
UiTM FC hanya mampu bertahan selama dua tahun dalam saingan Liga Super sejak musim 2020. - Foto oleh UiTM FC |
|
|
|
|
|
|
| |
|