CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6459|Reply: 22

Adik Heliza Helmi 10 Hari Tak Mandi!

[Copy link]
Post time 6-9-2021 12:43 PM | Show all posts |Read mode
10 Hari Tak Mandi! Itu Antara Momen Ekstrem Hazwani Dalam Laksana Misi Kemanusiaan

TIDAK seperti yang digembar-gemburkan, ALLAH SWT memudahkan urusan penulis mewawancara aktivis kemanusiaan terkenal di Malaysia, Hazwani Helmi.

Seperti yang ramai sedia maklum, beliau yang mesra disapa Wani bersama kakaknya, Heliza adalah antara selebriti yang sering melibatkan diri melaksanakan misi di negara bergolak dan teguh memperjuangkan agama suci ini dengan pendekatan tersendiri.

Semangat mereka yang membuak-buak nampaknya telah berjaya menarik anak muda terutama dalam kalangan Muslimah tampil ke hadapan untuk turut sama menjayakan misi murni seperti mereka yang digelar The Helmis.


Terus terang, bersembang dengan Hazwani banyak mencetuskan inspirasi dan aspirasi.

Kepada penulis, wanita berusia 24 tahun itu berkata, penglibatannya dalam misi kemanusiaan di dalam mahu pun di luar negara bermula sejak dirinya berusia 17 tahun lagi.

“Segala semangat itu saya peroleh daripada Kak Ja (Heliza) dan boleh dikatakan beliau sudah menjadi ‘doktrin‘ kepada saya. Masa zaman kanak-kanak, saya tertanya-tanya juga apa yang Kak Ja dapat (dengan menjalankan misi kemanusiaan)?

“Namun, apabila saya menyelami sendiri suasana ketika menjejakkan kaki ke beberapa negara, saya dapat rasakan keseronokan bila dapat membantu orang lain. Saya juga rasa gembira apabila orang yang kita bantu mempunyai emosi sama seperti kita. Namun, apa yang pasti, ingin saya katakan, kebahagiaan memang tidak dapat dibeli dengan wang sahaja,“ katanya membuka bicara.

Bakal graduan dalam bidang psikologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu meneruskan plot ceritanya. Ujar beliau, selain Kak Ja, seorang pemuda yang meninggal dunia pada usia 20 tahun dikenali sebagai Ahmad Ammar Ahmad Azam juga telah menjentik sukmanya dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan.

“Kematiannya tular di seluruh dunia dan masih disebut-sebut sehingga kini. Waktu itu, saya tertanya-tanya mengapakah arwah Ahmad Ammar  begitu istimewa? Rupa-rupanya pada usia semuda itu, beliau sudah berbakti kepada insan yang memerlukan. Bukan sahaja ibu, ayah, guru dan sahabatnya sahaja, malah kucing jalanan juga dibantunya,“ katanya.

Kemudian, Wani melafazkan bait kata yang membuatkan penulis terpaku seketika.

“Mungkin di antara kita memiliki matlamat dunia yang bagus, namun belum tentu kita mempunyai matlamat akhirat yang membawa kita hingga ke jannah. Berdoalah agar mudah-mudahan ALLAH menerima segala kebaikan kita bersama,“ ujarnya memaku kata.


Pengalaman bernilai

Bercerita lanjut, Wani yang juga seorang pelakon berkata, barangkali ramai yang beranggapan misi kemanusiaannya hanya dilakukan di peringkat antarabangsa sahaja.

“Sebenarnya, misi pertama yang saya ikuti adalah pada tahun 2014 ketika beberapa negeri di Malaysia dilanda banjir. Kemudian, pada tahun 2017, barulah saya berangkat ke Tarim, Yemen.


“Masa itu saya baru selesai mengikuti orientasi dan Kak Ja terus hubungi. Tanpa ragu-ragu, saya terus membuat keputusan untuk menyertai misi tersebut walaupun terpaksa menangguhkan satu semester pengajian di UIAM,“ imbasnya.

Selepas itu, momentum kerja-kerja kebajikan beliau terus rancak. Pada tahun 2018, Wani ke Palu dan Lombok, Indonesia, kemudian ke Afrika dan Gaza, Palestin pada tahun berikutnya.

“Paling baharu pada tahun 2020 (sebelum pandemik Covid-19 melanda), alhamdulillah, dengan izin ALLAH, saya dapat menghadirkan diri di Syria,“ tutur gadis muda itu.

Kongsi Wani, setiap negara yang dijejakinya, sarat dengan pelbagai cerita. Setiap negara, tersemat kisah berbeza.

“Di Syria misalnya, saya boleh katakan negara itu ibarat ‘bandar berhantu‘ kerana dipenuhi dengan bangunan yang roboh dan timbunan konkrit yang bersepah di sana sini.

“Secara logiknya, pasti kita berandaian tiada siapa pun yang sanggup menetap di lokaliti itu. Namun, pandangan itu meleset kerana kami dapati masih ada orang yang tinggal di sana,“ imbaunya.

Situasi itu kemudian mendorong Wani bertanya kepada salah seorang penghuni kenapa masih tinggal di penempatan yang tidak layak dipanggil rumah lagi?

“Lelaki itu dengan spontan berkata, ‘jika aku tinggalkan kawasan ini, siapa lagi yang akan memperjuangkan (tanah air dan agama)?‘. Saya tergamam dan getus hati saya, mereka tetap memikirkan akhirat, ALLAH Yang Maha Esa dan kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW,“ kata Wani yang sama sekali bertekad tidak akan menoktahkan misi kemanusiaannya.


10 hari yang getir

Sama seperti sukarelawan lain, Wani berkata, rintangan yang ditempuhinya bukan biasa-biasa.

“Apa yang boleh saya katakan, setiap perjalanan akan dihujani dengan cabaran. Ia bukan sahaja melibatkan aspek tenaga, masa, malah emosi dan rohani juga.

“Kepada mereka yang pernah bergelar sukarelawan atau aktivis, mesti mengetahui penat lelah mengharungi jadual yang padat. Pada masa sama, kami juga perlu ketepikan hak dan kepentingan diri demi mendahului serta membantu orang lain,“ ujarnya.

Pun demikian, kata anak kelahiran Terengganu itu, bukanlah sehingga tidak makan dan abaikan keselamatan diri, namun sudah menjadi jati diri seorang sukarelawan yang akan mengutamakan dan memikirkan kesusahan orang terlebih dahulu.



“Jadi, penting melatih diri untuk bertenaga, sentiasa positif dan tanamkan sifat sabar. Sebagai seorang aktivis, tidak semua orang terima kita dengan baik,“ katanya.

Akui Wanie, dalam melunaskan tanggungjawab yang mana wang bukan satu pertaruhan, seseorang tidak boleh terlalu berkira, apatah lagi mengeluh.

Bukan mahu mengangkat diri sendiri tetapi pengalaman tidur bersama lipas dan makan bersama kucing antara momen ekstrem yang pernah direntasnya.

“Saya dan bersama-sama rakan aktivis lain juga pernah tak mandi selama 10 hari! Semasa di Palu pula, tandas yang digunakan terputus bekalan air. Bayangkan bagaimana cara kami atasi hal-hal penuh liku itu?“ ujar beliau.

Berkongsi pengalamannya berdepan dengan mangsa peperangan dan bencana, lazimnya kata beliau, seseorang akan bertukar menjadi agresif apabila mereka berasa lapar, ditambah dengan cuaca yang mencengkam.

“Saya teringat dengan satu situasi yang berlaku di Syria. Pada masa itu, cuaca sangat panas dan setibanya di lokasi bantuan, kami terus memberi ucapan assalamualaikum dengan intonasi yang ceria.


“Namun, penduduk di sana mempamerkan raut wajah yang marah. Kami terus terdiam dan segera mengagihkan barangan keperluan kepada mereka,“ katanya yang banyak mengutip hal-hal yang berharga.


Tangani kemurungan

Tinggalkan semua kisah dan cabaran misi kemanusiaan yang telah menjadikannya manusia yang lebih matang, penulis mengajak Hazwani untuk berdiskusi tentang masalah kemurungan dan mental yang menjadi kebimbangan orang ramai lebih-lebih pada era pandemik ini.

Bukan apa, jika diperhalusi statistik rasmi, terdapat sebilangan individu yang sanggup mengambil nyawa sendiri gara-gara tidak berupaya menangani masalah masing-masing.


Mengakui situasi itu di bawah pengetahuannya, Wani berkata, sebaiknya seseorang yang bergelut dengan situasi itu merujuk kepada golongan yang lebih arif seperti ustaz dan ustazah.

“Keadaan yang berlaku kini boleh kita samakan dengan apa yang berlaku di Palestin. Sebenarnya, sejak tahun 1948 lagi mereka sudah kehilangan pekerjaan dan ramai ahli keluarga tersayang dijemput Ilahi. Kita baru merasainya sekarang, namun kita diuji dengan cara yang berbeza.

“Jika di sana, mereka dihantui dengan lontaran bom dan tembakan tetapi kita di sini takut dengan virus kecil yang tidak dapat dilihat daripada mata kasar. Oleh itu, ingatlah, itu cara ALLAH jentik hati kita yang hanya memikirkan dunia sahaja. Jangan buang masa, segeralah cari ALLAH,“ katanya.

Seperkara ujar Wani, jadikan keadaan stres sebagai medium untuk bersyukur dan sentiasa bersangka baik dengan ALLAH.



“Caranya dengan memperelokkan hubungan kita dengan Pencipta, selain rapatkan kembali silaturrahim sesama manusia,“ nasihatnya.

Sebelum mengakhiri perbualan, Wani sempat menitipkan cara dirinya menenangkan diri.

Katanya:  “Kalau saya stres, cepat-cepat ambil wuduk, solat dan berdoa. Ceritalah segalanya kepada ALLAH. Itulah yang dinamakan tangisan dalam kemanisan. Insya-ALLAH, Dia akan beri jalan penyelesaiannya.“

Sumber:https://sinarplus.sinarharian.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2021 12:54 PM | Show all posts
apa sumbangan sheol dalam bidang hiburan? menompang nama kakak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 01:19 PM | Show all posts
cute kucing atas tangga tu....

adek dia ni ape fungsi dalam industri?
menempel?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 01:24 PM | Show all posts
Baru 10 hari belum sebulan.


Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Fungsinya cite 10 hari tak mandibuat acik2 kagum wo
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
So what!!??  Next....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-9-2021 01:30 PM | Show all posts

so kepam la jawabnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 01:38 PM | Show all posts
jadi...yg retis tu kakak dia..bukan dia..ntahla kurang miinat dua beradik ni just kagum la dgn semangat jihad derang ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Laa muda lg dia ni. Muka matang betul
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak umur 24 tahun mmg muka matang eh sama ngn si lotiff tu la
Igtkan umur dia 30an rupanya bbnu lagi rasa mcm dh lama bebenor dia kulu kilir ngn kak dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
erkkkk okay
irrelevant
next
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 08:56 PM | Show all posts
shernazz replied at 6-9-2021 01:26 PM
Fungsinya cite 10 hari tak mandibuat acik2 kagum wo

harus la kagum.dia x mandi tu sbb dia menolong our brothers n sisters mata biru,coklat,kelabu dan sebagainya
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
tak kenal tp kenal la kakaknya
artis ke dia??
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga dpermudahkan urusan kamu dik, iols x mampu buat semua tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 11:36 PM | Show all posts
alah aku 2 minggu x mandi, x de hal la..asal seluar  dlm tukar
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 08:08 AM | Show all posts
sana panas kering, bukan lembap mcm malaysia....x mandi setahun pon xpe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2021 08:24 AM | Show all posts
yucckksss... 10 hari tu uollsss...
agak2 kepam tak ya....

kalau kita 2-3 hari tak mandi aja, ketiak da masam...
apa lagi ni 10 hari kannn...

agak2 yang bawah tu camna ekkkk......
oppsss...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 12:33 PM | Show all posts
Kisah x mandi 10 hari pun nk bgtau org
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Laa tak pernah tak over dua eko ni. Tak mandi pun nak bagitahu. Mesti bau cekpit kering dan perfume DSV.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 01:31 PM | Show all posts
nasib wajib tak bubuh dekat last ayat tajuk tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.047884 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list