View: 1801|Reply: 8
|
Israel Malu Besar, Enam Rakyat Palestin Berjaya Lolos Dari Penjara Ketat
[Copy link]
|
|
Baitulmaqdis: Enam tahanan rakyat Palestin termasuk seorang bekas pejuang terkenal meloloskan diri dari penjara di utara Israel hari ini.
Mereka berbuat demikian melalui terowong yang digali di bawah singki.
Ia menyebabkan rejim Israel menggerakkan operasi besar-besaran untuk mengesan enam individu berkenaan.
Foto: EPA
Dilaporkan kira-kira jam 3 pagi, penduduk tempatan berhampiran Penjara Gilboa melihat 'individu mencurigakan' dan melaporkannya kepada pihak berkuasa, kata satu kenyataan dari Perkhidmatan Penjara Israel (IPS).
IPS mengesahkan mereka yang melarikan diri termasuk Zakaria Zubeidi, seorang pemimpin pejuang terkemuka dari bandar Jenin di Tebing Barat.
Beliau adalah bekas ketua Briged Pejuang Syahid Al-Aqsa dan tokoh terkenal dalam kalangan rakyat Palestin dan Israel.
Operasi pencarian besar-besaran segera dilancarkan membabitkan polis, tentera dan pasukan khas, menurut kenyataan dari IPS dan polis.
Anjing pengesan dan aset udara digunakan dalam pencarian dan pusat pemeriksaan yang didirikan di kawasan sekitarnya.
Tentera mengatakan pasukannya 'bersiap siaga dan dikerahkan' di Tebing Barat sebagai sebahagian daripada operasi itu.
Pegawai penjara mengeluarkan video yang menunjukkan sebuah terowong sempit yang digali di bawah sinki.
Kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum Israel memulakan cuti dengan Tahun Baharu Yahudi yang bermula pada waktu matahari terbenam. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ni betui2 ikut citer Shawshank Redemption nih |
|
|
|
|
|
|
|
hebatnya..cmna dorg buat lubang tanpa peralatan..ingtkn penjara israel ni ketat sgt..plot twist..pegawai penjaea israel ada sorg baik hati tlg |
|
|
|
|
|
|
|
Dasat betul.....dorang ni dgn sudu pun blh buat kerka.... |
|
|
|
|
|
|
|
tengok laa sape yang terlepas
bukan calang-calang |
|
|
|
|
|
|
|
Pengawal tido time dorang escape.
Tak tau lah level padu mana dorang amal yassin ayat 9. |
|
|
|
|
|
|
|
Alcatraz pun ada yang lepas... Apa sangat prison yang ada di atas mainland |
|
|
|
|
|
|
|
ikut lubang taik ... seperti dlm movie the shawsank redemption
|
|
|
|
|
|
|
| |
|