View: 1270|Reply: 1
|
Banduan Diseksa, Tak Diberi Ubat, Minum Air Jamban
[Copy link]
|
|
Dubai: Seorang banduan warga emas dari Britain mendakwa dirinya diseksa termasuk dipukul oleh warden penjara ketika menjalani hukuman penjara di Dubai.
Lapor The Sun, perkara itu didedahkan oleh sebuah kumpulan advokasi, Detained in Dubai.
Albert Douglas, 60, yang dipenjara sejak awal tahun ini, dipaksa minum air tandas dan melihat banduan lain diseksa secara kejam.
Menurut Detained in Dubai, Douglas kini dibawa ke hospital untuk menjalani pembedahan di bahagian bahunya yang terkehel sejak lima bulan lalu.
Foto: Agensi
Jelas kumpulan advokasi itu, doktor terkejut melihat keadaan warga emas itu yang tidak mendapat rawatan diperlukan lebih awal akibat kecederaan dialaminya.
Sejak ditahan tujuh bulan lalu, Douglas dipukul oleh warden, tidak diberikan ubat rawatan sakit jantung, diseksa dan dilayan tanpa perikemanusiaan serta dipaksa meminum air dari tandas.
“Douglas kerap disoal siasat dan juga diugut agar dia mengaku melakukan kesalahan tersebut,” kata kumpulan itu.
Taikun perniagaan berasal dari London, pertama kali ditahan berhubung kes cek tendang yang didakwa tidak ditulis oleh Douglas.
Kes cek itu berkaitan dakwaan hutang syarikat dimiliki anaknya yang akhirnya gulung tikar, Wolfgang.
Douglas didenda sebanyak 2.5 juta pound (RM14.3 juta) meskipun dikatakan tidak mempunyai peranan dalam syarikat itu dan dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun selepas gagal dalam rayuan di mahkamah.
Dilaporkan, walaupun laporan forensik membuktikan cek itu bukan milik Douglas, warga emas tersebut masih dikenakan beberapa tuduhan lain.
Ahli keluarga Douglas bimbang dengan keadaan warga emas itu di penjara sekiranya masih diberi layanan demikian. – CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
| |
|