View: 3294|Reply: 16
|
Kes Langgar SOP Selesai- 3 Bulan Digantung, ‘All Together Now Malaysia’ Kembali
[Copy link]
|
|
Selepas tiga bulan digantung siaran, program realiti nyanyian All Together Now Malaysia (ATNMY) akhirnya kembali menemui penonton bermula Sabtu ini.
Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata kontroversi dan siasatan program itu tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa sesi rakaman telah selesai.
"Alhamdulillah, kini segalanya telah selesai dan kami ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat.
"Justeru, fokus penting yang menjadi keutamaan kami adalah untuk bergerak ke hadapan demi memastikan variasi kandungan terbaik dapat terus disajikan khusus buat pelanggan kami," katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar.
Foto: mStar Online
Untuk rekod, ATNMY hanya sempat bersiaran episod pertama pada 6 Jun lalu.
Program ini terpaksa ditunda tayangan selepas tular di media sosial didakwa melanggar SOP berikutan selebriti dilihat tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakkan fizikal.
Susulan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan tersebut.
Raqim bagaimanapun menjelaskan rakaman program itu dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan PKP 3.0.
Seramai 50 juri daripada barisan penggiat seni tanah air merangkumi pelbagai cabang seni yang berbeza seperti penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio, pengacara dan personaliti media sosial telah dilantik untuk mengadili program ini diketuai oleh selebriti popular Datuk AC Mizal.
Antara juri dalam program tersebut ialah Erra Fazira, Siti Nordiana, Khai Bahar, Dafi Ismail, Zizi Kirana, Liza Hanim dan Aina Abdul.
Foto: mStar
Sherry Al Hadad pula diberi tanggungjawab selaku pengacara pentas utama.
ATNMY bakal memulakan siaran episod istimewa sempena ulang tahun Astro ke-25, Sabtu ini pukul 10 malam.
Seterusnya, konsert mingguan selama 10 minggu pula akan ditayangkan pukul 9 malam bermula Ahad ini di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur seikit2 pentas ronggeng kembali dibuka. Mari kita lihat retis mana yg beyul2 istiqomah dibawah lembayung ebit lew |
|
|
|
|
|
|
|
Tu je ke
Xde denda duit kah?
SO kalau orang buat kenduri, denda die x leh buat kenduri dalam setahun ke?
Atau hadiah kenduri tergantung dulu sebulan? |
|
|
|
|
|
|
|
Yeahuuuuu...hidop pak maellll |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya denda sorang seribu tp nan hado. bias!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 10-9-2021 10:31 PM
Best keee show ni?
Erm bagi meols biase je .x tgok pon x pe |
|
|
|
|
|
|
|
Bila PM dah bertukar....PM itu bapa kpd slh sorg juri ATNMY....isu xikut SOP pun berlalu dibawa angin.....kan |
|
|
|
|
|
|
|
sume juri menggeletis mcm ada ulat gonggok dkt celah kangkang memasing.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila tengok show ni je terbayang mesti kepam busuk ikan masin dan perfume dsv dalam ramai2 macamtu especially bila ramai retis tak herlok, berapa orang je yang elok wangi. |
|
|
|
|
|
|
|
Malam td tayang yg utk 25thn astro.. siap tulis kat situ tarikh rancangan ni dirakam.. waktu putrajaya masih pkpp&pkpb.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg menyampahnye tgk Ara.. mcm lah die sendiri pon nyanyi sedap sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Since skrg semua dah bleh kluar dr gua..so xdela ramai sgt org nak scrutinize this show..dulu masa first kluar kat tv..org tgh pkp...dah xde keja..x boleh nak pegi mana2 ..tu yg org kritik kaw2 pastu repot.. |
|
|
|
|
|
|
|
aritu aku rengse tgk baju mimi fly over tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Untungla kannn ada anak piyemmmm.... sah2 guna kabel |
|
|
|
|
|
|
|
oh show ni iols ada tertgk episod khas sempena astro 25tahun..okla adik adinda tu yg menang..lama x tgk farhan..yg kt podium mmg layak..tgk episod yg sblm kene gantung siaran tu entah apa2,najwa p ramlee tu suara so so je ok |
|
|
|
|
|
|
|
Sabtu ni ye start tayang balik? yeay. Ada lah benda nak tengok. Mzz sekarang layan what we do in the shadows, only murders in the building, what if, wrestling etc. Lama nau rasa tak tengok local programs.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|