CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1511|Reply: 2

Arsenal bangkit tutup mulut pengkritik

[Copy link]
Post time 14-9-2021 07:37 AM | Show all posts |Read mode
LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta akhirnya menarik nafas lega selepas merakam kemenangan pertama dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan menewaskan Norwich City 1-0 di Stadium Emirates kelmarin.

The Gunners yang memulakan kempen musim ini dengan tiga kekalahan berturut-turut tanpa menjaringkan sebarang gol, berjaya memungut tiga mata berharga menerusi jaringan tunggal kapten, Pierre-Emerick Aubameyang.

Kata Arteta, apa yang diharungi pasukan sepanjang dua minggu lalu adalah detik terbaik dalam kariernya sejak dilantik sebagai pengurus Arsenal pada tahun 2019 kerana kesungguhan dan komitmen tinggi ditunjukkan semua pemain.

“Ini adalah detik terbaik saya sepanjang membimbing Arsenal kerana rintangan yang kami hadapi sejak awal musim cukup sukar dan mencabar. Barisan pemain juga sangat beremosi untuk memastikan kemenangan berjaya dicapai.

“Saya lihat semua pemain berusaha keras sepanjang 90 minit perlawanan untuk menamatkan kemarau kemenangan kami. Ini adalah hadiah buat para penyokong yang sentiasa bersabar dan berdiri di belakang kami musim ini,” katanya.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu turut memuji prestasi meyakinkan yang dipamerkan penjaga gol keduanya, Aaron Ramsdale selepas diberi tanggungjawab menggantikan tempat pilihan utama, Bernd Leno dalam aksi kelmarin.

“Ramsdale beraksi dengan baik dan saya lihat dia cukup tenang di atas padang. Dia juga memiliki keupayaan mengawal bola dan melakukan hantaran dengan baik.

“Namun, ia tidak bermakna Ramsdale akan kekal menjadi penjaga gol No. 1 pasukan kerana dia dan Leno perlu terus bekerja keras untuk membuktikan ke-upayaan masing-masing,” kata-nya. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2021 07:38 AM | Show all posts

AUBAMEYANG (depan) menghadiahkan kemenangan pertama buat Arsenal selepas meledak gol tunggal ketika menewaskan Norwich 1-0 di Emirates kelmarin. – ARSENAL
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 06:58 PM | Show all posts
Edited by JeremyBowley at 27-7-2022 07:00 PM

A research paper can be very extensive thus it will be difficult to create for that length of time about something you find stupid Once you have decided on your topic you must make sure that there is sufficient visit here https://usclinicalresearch.com/biology-topics/ research information available to enable you to produce a thorough essay.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.056217 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list