View: 1673|Reply: 3
|
15 Termasuk Budak Bersesak Dalam Trak Sejuk Lari Dari Covid-19
[Copy link]
|
|
15 termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui di dalam sebuah trak sejuk di Vietnam selepas mereka cuba melarikan diri dari kawasan selatan yang teruk dilanda COVID-19.
Menurut laporan akhbar dalam talian Phap Luat di Ho Chi Minh City yang dipetik AFP, polis di wilayah Binh Thuan menemui mereka di dalam kenderaan yang mencurigakan ketika cuba melalui pusat pemeriksaan dalam perjalanan ke utara, kelmarin.
"olis terkejut melihat 15 orang di belakang trak. Sebilangan mereka berpeluh dan menunjukkan gejala sesak nafas," menurut laporan itu sambil menambah bahawa penumpang membawa sijil ujian COVID negatif.
Kredit foto: Twitter
Seorang penumpang menyatakan mereka meminta pemandu mematikan sistem penyejukan trak kerana terlalu sejuk.
"Kami tahu ia risiko besar dan berbahaya untuk tinggal di trak beku tertutup, tetapi kami menghadapi risiko yang lebih tinggi jika kami dijangkiti virus," menurut seorang lelaki yang turut bersama anaknya berusia tujuh tahun.
Menurut laporan itu, kumpulan terbabit menempuh jarak perjalanan berpuluh-puluh kilometer di dalam trak tertutup dari wilayah Dong Nai selatan, kawasan perindustrian yang mencatatkan lebih 35,000 kes COVID-19 dan 320 kematian.
Wilayah itu dikenakan perintah sekatan penuh sejak awal Julai dan hospital sementara didirikan untuk merawat puluhan ribu pesakit yang dijangkiti.
Penumpang di dalam trak itu dilaporkan cuba untuk sampai ke kediaman mereka di tengah Vietnam.
Vietnam menghentikan semua perkhidmatan rangkaian jalan raya dan pengangkutan udara dari selatan, kawasan paling teruk dilanda gelombang pandemik di negara itu setakat ini.
SUmber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
sama mcm kat sini le
bila nk umum pkpd je sume pakat lari |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kt sini guna van jenazah |
|
|
|
|
|
|
|
kat sini siap sanggup meredah kawad duri |
|
|
|
|
|
|
| |
|