Penyanyi dangdut Cita Citata mengakui tidak menyesal membatalkan perkahwinannya dengan jejaka Belanda dikenali sebagai Roy Geurts pada tahun lalu, lapor Tabloid.
Kredit foto: tabloidbintang
"Itu cuma mencuba sahaja, kalau tak jadi jangan sedih... dalam hal ini saya seolah-olah diselamatkan.
"Bayangkan kalau dah nikah, ada anak dan bercerai itu lebih parah dan menyusahkan," katanya dalam temu bual bersama program Tonight Show pada Ahad.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Sakitnya Tuh Disini berkata, dalam setiap perhubungan haruslah mempunyai persamaan dan tidak boleh dipaksa.
"Saya akan beri kesempatan terlebih dahulu. Kalau tak sesuai dan tak serasi ya tak perlu diteruskan," ujarnya.
Jelasnya, buat masa ini dia memilih untuk memberi tumpuan pada kariernya.
Cita Citata yang terkenal sebagai penyanyi dangdut, kini sedang cuba membawa genre lain yang sesuai dengan minat asalnya iaitu musik jaz dan pop.
Sumber: mStar
|