View: 2476|Reply: 4
|
Page ‘Norman & Memey’ Didakwa Cuba Tipu Pelanggan, Memey Suhaiza Buat Lapora
[Copy link]
|
|
Pelakon Memey Suhaiza mendedahkan telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Setapak pada Isnin berikutan terdapat aduan mengenai sebuah akaun laman peminat (page) di Facebook yang menggunakan namanya dan suami, Norman Hakim yang didaftarkan sebagai ‘Norman & Memey’.
Menurut Memey atau nama sebenarnya Suhaiza binti Suhaimi,33 ‘page’ itu bukan kendaliannya dan memohon kepada pengendali akaun tersebut untuk berhenti menyalin status hantarannya di laman Instagram sebelum dikongsi di akaun mereka.
Foto: IG
Katanya lagi, dia berharap agar akaun tersebut tidak lagi menggunakan namanya mahupun suami serta berhenti menipu orang ramai bagi urusan jual beli yang tidak sah.
Tegas Memey, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang seterusnya usai daripada membuat laporan polis.
Dalam perkembangan berkaitan, pengarah urusan jenama telekung tempatan, Telekung Hiqmah, Innanie Ariffin berkata pihaknya sedia maklum akan aduan yang diterima berikutan terdapat individu atau pihak yang cuba menipu pelanggan mereka dengan menggunakan nama Memey.
Ketika dihubungi Murai.my, Innanie berkata individu yang terlibat dalam kes penipuan tersebut dikatakan pernah terlibat dalam beberapa kes sebelum ini termasuk memperdayakan blogger dan pengamal media sosial terkenal.
“Mereka menggunakan ‘fan page’ artis untuk scam pelanggan Telekung Hiqmah. Bila customer bayar, dia menghilang..” kongsi Innanie
Dalam hantaran akaun rasmi Telekung Hiqmah pula,syarikat ini menjelaskan pihak mereka telah mengugurkan nama seorang individu sebagai ejen jualan mereka dan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang urusniaga yang dilakukan oleh wanita itu. -CARI
Sumber: Murai.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Ooo muda lagi si memey ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ciktiekus replied at 22-9-2021 09:55 AM
Ooo muda lagi si memey ni..
Moga kekal lah dgn Oman sampai bila2. Rasanya org tak boleh lupa kejadian sebelum korang nikah dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal kaki dia kecik sangat... Jelesnya!! |
|
|
|
|
|
|
|
Saman deme sampai tinggal spender jahh |
|
|
|
|
|
|
| |
|