Jenama nan satu ini memang sentiasa terpalit dengan kontroversi. Terbaharu, ada pemilik tudung mendakwa yang jenama Duck telah membuat laporan kepada laman beli belah online sehingga produk tudung mereka terpaksa diturunkan.
Foto :
Menurut rakan kepada pemilik tudung tersebut, laporan ke atas Shopee menyebabkan akaun kedainya telah diturunkan, segala komen positif telah hilang begitu sahaja, tanpa penjelasan daripada pihak mereka.
Foto : Twitter
Lebih membuatkan peniaga kecil ini teraniayai adalah mereka memohon penjelasan daripada platform jualan dan juga daripada Duck namun tiada balasan.
Walhal mereka yakin bahawa tiada persamaan antara kedua-dua jenama tudung tersebut, mengapa tergamak membenam peniaga kecil?
Foto G
Namun, setelah ianya tular di Twitter, pihak Shopee telah menyenaraikan kembali produk tersebut manakala Duck telah menghubungi peniaga tersebut dan menjelaskan bukan mereka yang membenamkan senarai produk itu.
Vivy Yusof turut memberi penjelasan di Ig Storynya.
Foto G
Bagi netizen, perkara ini tidak akan timbul jika ianya diambil serius oleh semua pihak ketika ianya mula menjadi isu.
Bagaimanapun, ianya hanya mendapat perhatian setelah ia tular.
Jadi, kesimpulannya selagi tak kecoh, tiada tindakan lah ya? - CARI
|