View: 1918|Reply: 8
|
Model Terlebih Potong Rambut Pun Boleh Dapat Pampasan RM1.13 Juta
[Copy link]
|
|
Seorang model menerima pampasan sebanyak 2 crore rupee (RM1.13 juta) hanya kerana tidak berpuas hati dengan gaya potongan rambutnya di sebuah salon terkemuka di India.
Lapor The Sun, insiden itu berlaku pada 2018 ketika Aashna Roy mahu memotong rambutnya di sebuah salon di Delhi.
Gambar hiasan
Ketika kejadian, model berusia 42 tahun itu meminta tukang gunting di salon terletak di Hotel Maurya Sheraton untuk memotong rambutnya sepanjang empat inci.
Pada mulanya, Aashna diminta menanggalkan cermin mata ketika tukang gunting sedang memotong rambutnya.
Namun, selepas Aashna memakai semula cermin matanya, dia mendapati rambutnya dipotong terlalu pendek.
Akibat kecewa dan tidak berpuas hati dengan hasil tukang gunting itu, Aashna melaporkan kepada pengurus salon.
“Pihak pengurusan salon menawarkan sambungan rambut dan rawatan rambut secara percuma.
“Tetapi selepas itu, Aashna mengadu rawatan itu merosakkan kulit kepala dan rambutnya,” jelas laporan tersebut.
Dia juga mendakwa pekerja di salon itu sering berkelakuan kurang sopan dan biadap.
Aashna kemudian membuat aduan mengenai isu tersebut di Suruhanjaya Penyelesaian Pertikaian Pengguna Nasional (NCDRC).
Selepas siasatan dijalankan, NCDRC mengarahkan pihak pengurusan salon membayar pampasan 2 crore rupee kepada Aashna kerana telah menyebabkannya mengalami trauma.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
sian ashna..rambut mahkota wanita |
|
|
|
|
|
|
|
mana ke gmabr rambut n kulit kepala yg rosak lepas penyambungan semula..?
x boleh tunggu rambut panjang kah sampai nak pi buat sambung2 rambut semula.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salah potong rambut, model terima pampasan RM1.13 juta
|
|
|
|
|
|
|
|
hotel Maurya Sheraton .. pernah stay sini 2 minggu in year 2000 ... those daysss ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Model runway ke model kedai pengantin ni?
Memang harus la ganti rugi sb kalau dalam kontrak model runway cakap rambut tak boleh pendek dari sekian sekian ukuran, susah la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|