View: 4836|Reply: 15
|
Banyak Dapat Tawaran, Erra Fazira Tak Halang Engku Aleesya Nak Jadi Artis
[Copy link]
|
|
Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, 47, mengakui anak tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran, 11, memang ada mendapat permintaan untuk terbabit dalam kerjaya seni termasuk berlakon iklan.
Bagaimanapun, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek berkata dia kena terlebih dulu berbincang dengan bekas suami bagi mendapatkan kata sepakat seterusnya 'lampu hijau' sebagai kebenaran.
Foto: IG
"ermintaan tawaran untuk Aleesya beraksi di hadapan kamera memang ada saja diterima. Ada yang berminat nak dia muncul buat iklan. Tapi, saya tak boleh buat keputusan itu sendiri tanpa berbincang dan mendapat 'lampu hijau' daripada bapanya.
"Sekarang, selagi Aleesya belum boleh buat keputusan sendiri, saya tidak akan membawa dia ke depan lagi. Biarlah dia yang menentukan apa minat dan kesukaannya, manakala saya akan menyokong saja," katanya kepada Harian Metro.
Menurut 'primadona' filem Melayu ini, dia tidak akan menyekat apa saja kerjaya diminati anak perempuan kesayangannya itu pada masa akan datang, meskipun mengikut jejak sebagai anak seni suatu hari nanti.
"Sebagai ibu moden yang berkerjaya, saya sejujurnya lebih selesa menyokong segala minat anak dan tidak meletakkan kerjaya tertentu untuk dipilihnya. Bagi saya, dia berhak buat keputusan mengikut apa minat dan kesukaannya.
"Untuk Aleesya, saya akan sokong semua yang dia minat dan tidak akan mengawalnya. Begitu juga jika dia berminat menceburi kerjaya seni suatu hari nanti, saya tidak akan menghalang tetapi memantau saja.
"Apapun setiap keputusan membabitkan Aleesya sekarang, saya dan bapanya kena berbincang dan mendapat kata sepakat. Sekiranya pihak sana (bekas suami) okey dan beri 'lampu hijau, saya tiada masalah," katanya lagi.
Terdahulu, Erra hadir pada majlis sidang media virtual di Google Meet drama Gerak Khas Undercover terbitan Skop Production yang akan ditayangkan TV3, mulai Jumaat ini, jam 10.30 malam.
Mengulas pembabitan untuk drama Gerak Khas Undercover, Erra berkata dia berterima kasih dengan Skop Production kerana masih mengekalkannya untuk beraksi bersama barisan pelakon lain yang rata-rata watak baharu.
"Saya melakonkan watak sebagai Deputi Superintendan (DSP) Jeslina yang banyak bertugas di pejabat saja. Dalam drama kali ini, saya masih belum terbabit dengan penggambaran di lapangan membuat 'undercover'.
"Apa yang pasti, saya berharap penonton akan memberikan sambutan yang baik terhadap drama ini kerana jalan ceritanya sangat berbeza. Kena tonton dulu tayangannya pada Jumaat ini," katanya.
Selain Erra, drama Gerak Khas Undercover membariskan pelakon seperti Erra Fazira, Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Salina Saibi, Raja Afiq dan ramai lagi. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Rambut aleesya sebijik ikut mak dia |
|
|
|
|
|
|
|
woven11 replied at 28-9-2021 01:04 PM
Rambut aleesya sebijik ikut mak dia
Rambut zmn sembilu.. sblm bergelar ratu wig.. |
|
|
|
|
|
|
|
rambut sebijik mcm rambut mak dia dulu2 .. tak pe, nnti blh buat treatment ..
gigi tu tak lama lagi mesti buat jugak nnti bagi nmpk cantik sikit ..
tapi overall Aleesya ni cantik .. lembut je ngk dia .. moga jadi anak yg baik |
|
|
|
|
|
|
|
kali ni xnmpk vid alesya bonding2 ngn mak tiri masa mcm bella dulu eh |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak dia insecure dgn gigi dia.
Rasanya baik betulkan gigi, buat treatment utk rambut.
So far, dia mmg dah cantik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baik halang erra...belajar elok keje bagus2.
Ctnurhaliza pun taknak ..kalau boleh la |
|
|
|
|
|
|
|
Tak yah la erra. Protect anak ko dari dunia hiburan ni… |
|
|
|
|
|
|
|
Sang ratu dah lupa ke betapa banyaknya gosip liar sheols zaman sheols mendunia dulu dalam industri? Harapnya EA dilindungi dari semua tu.
Apa pun kalau jumpa in real life ratu memang cantik karismatik woo... ada aura tersendiri dia selayaknya gelaran ratu. And murah dengan senyuman. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian dia sembunyikan gigi dia mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Nokkkkk
Uol berani keee bawak doter uol masuk donya laghooo??
Uol dulu punnnn kemainnnn gosip zaman muda2 dulu
Tapi lantak laa
Mungkin mak dah makan asam garam, harap guide doter baik2 kalau masuk donya lagho penuh trap iteww |
|
|
|
|
|
|
|
EA sebijik muka ratu masa muda2 duluu |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu lah lepas betulkan gigi aleesya dulu.. kalau tak, kesian budak tu nak senyum pun tak kompiden! |
|
|
|
|
|
|
|
Umo baru 11 tahun cutting dh mcm budak form 3.Cepat membesar betul budak2 zaman skrg. |
|
|
|
|
|
|
|
budak ni memang lawaa tapi tu laa kalau tawaran berlakon semata sebab lawa and anak ratu, mcm....
patut retis msia berlakon keras je, harap rupaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payahlah. Sayang je anak elok, pandai nak disua dgn dunia hiburan.
Tp sukati erra lah kan. Anak dia.
Dah nak masuk 50 dah erra.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|