Pelakon Bollywood, Kangana Ranaut mencuri tumpuan apabila tiba di lapangan terbang Mumbai untuk menaiki penerbangan ke luar bandar kerana tidak memakai sebarang sebarang topeng pelitup muka (face mask) walaupun pernah disahkan positif COVID-19 pada Mei lalu.
Kredit foto: IG bollywoodpap
“Wah dia tidak memakai topeng pelitup muka”
“Kenapa dia tidak memakai topeng pelitup muka?”
“No mask, no entry, ianya hanya untuk orang biasa dan bukan selebriti ini?” ujar mereka
Sehingga kini, Kangana tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dirinya yang tidak memakai topeng pelitup muka sewaktu berada di lapangan terbang.
Terdahulu, bintang Bollywood ini pernah disahkan positif COVID-19 pada Mei 2021 dan memberitahu bahawa dia mempunyai banyak tip untuk melawan virus tersebut, namun dia tidak akan kongsikan tip tersebut pada peminatnya.
Kredit foto: IG Kangana
“Saya ingin bercakap dengan banyak mengenai bagaimana saya mengalahkan virus itu tetapi saya diberitahu untuk tidak menyinggung perasaan kelab peminat covid," ujarnya.
Sumber: Murai
|