View: 1979|Reply: 2
|
[Sarawak]
Sarawak telus beri jumlah sebenar kes positif COVID-19
[Copy link]
|
|
![](https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2021/09/Fronliner.jpg)
Peratusan kategori klinikal satu dan dua kes positif COVID-19 di Sarawak yang menunjukkan purata hampir 100 peratus menjadi faktor kepada penilaian bagi wabak itu kurang berisiko.
Menurut Menteri Muda Pembangunan Perindustrian merangkap ADUN Batang Ai Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, dalam tempoh dua minggu ini hampir semua kes positif COVID-19 yang dicatatkan adalah dalam kategori tersebut.
“Jika kita melihat jumlah kes positif COVID-19 yang dilaporkan dalam dua minggu ini, 99 peratus adalah kategori 1 dan 2.
“Ini bermakna, kita boleh menganggap ianya seperti demam biasa yang tidak terlalu memberi risiko,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi pandangan bagi persediaan negeri ini melangkah kepada peringkat endemik.
Terdahulu beliau menyempurnakan Program Terima Kasih ‘Frontliner’ 2021 di Lubok Antu pada Khamis.
Datuk Dr Malcolm menambah jumlah kes positif COVID-19 yang masih menunjukkan trend meningkat merupakan hasil daripada usaha berterusan kerajaan negeri mengadakan saringan kesihatan dikalangan rakyatnya.
“Saya percaya trend peningkatan kes positif COVID-19 adalah berpunca daripada usaha gigih kerajaan negeri untuk mengadakan saringan kesihatan kepada orang ramai.
“Kerajaan negeri amat memandang serius dalam perkara ini dan bagi saya ia adalah amat baik dan bermaksud kerajaan negeri telus untuk memberi maklumat atau jumlah sebenar berkenaan kes positif COVID-19,” tambahnya.
Dalam pada itu Datuk Dr Malcolm turut merakamkan penghargaan kepada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang meneruskan Program Terima Kasih ‘Frontliner’ 2021 bagi menghargai peranan dan jasa petugas barisan hadapan.
“Terima kasih kepada UKAS yang mewakili kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di atas inisiatif memberikan sumbangan kepada barisan petugas barisan hadapan kita khususnya di Lubok Antu.
“Peranan barisan hadapan perlu dihargai kerana tanpa mereka kita sukar untuk beralih kepada peringkat endemik,” ujarnya.
Program Terima Kasih ‘Frontliner’ 2021 anjuran UKAS pada kali ini diadakan di Engkilili dan Lubok Antu yang melibatkan sebanyak 300 bakul sumbangan.
Program dimulakan dengan menyantuni petugas barisan hadapan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Engkilili dan seterusnya di Klinik Kesihatan Engkilili, pos kawalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) di Danau, SJR Entugam, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Lubok Antu, Klinik Kesihatan Lubok Antu, Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG) Lubok Antu dan Pusat Kuarantin Batang Ai
|
|
|
|
|
|
|
|
abes...kes kematian semakin meningkat tuuu.....'MENDE'nya.....demam biasa??????? |
|
|
|
|
|
|
|
Kes bergejala ringan pun makin banyak ![](static/image/smiley/default/cry.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|