CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1777|Reply: 1

[Sarawak] 112 terima biasiswa sambung pengajian - SEB

[Copy link]
Post time 2-10-2021 02:58 AM | Show all posts |Read mode
Perayaan 100 tahun Sarawak Energy Berhad (SEB) menyaksikan seramai 112 penerima terdiri daripada 97 pelajar termasuk 15 kakitangan menerima anugerah biasiswa bagi melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengajian.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sharbini Suhaili berkata, Sarawak Energy antara sebilangan warga korporat yang percaya bahawa salah satu cara yang paling penting membayar balik dengan menyokong keperluan pendidikan bakat akademik yang paling cemerlang di Sarawak.

“Bagi tahun ini, sarjana luar dipilih lebih daripada 720 permohonan dan menjalani proses penilaian ketat dan tersusun.  “Pemohon disenarai pendek berdasarkan pencapaian akademik serta potensi kepimpinan mereka,” katanya.

Katanya, Program Anugerah Biasiswa merupakan sebahagian usaha berterusan Sarawak Energy untuk membantu bakat Sarawak mencapai potensi melalui komitmen pendidikan tahunan sebanyak RM8 juta.

“Sejak pertama kali diperkenalkan pada 2014, program biasiswa memberi manfaat kepada 682 sarjana termasuk 96 kakitangan, sementara 285 orang (232 orang luar dan 53 dalaman) masih melanjutkan pelajaran.

“Sehingga tahun ini, sejumlah RM40 juta dilaburkan untuk program ini sejak 2017,” jelasnya lagi.  Beliau berkata, dalam memastikan biasiswa kompetitif dengan apa yang ditawarkan, SEB berusaha meningkatkan biasiswa tahun ini.

“Pelajar daripada sambutan perayaan ini menjadi kumpulan pertama menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000, dua kali ganda daripada sebelumnya.  “Mereka juga akan mendapat elaun komputer riba atau digital sekali sahaja sebanyak RM3,000 untuk memenuhi keperluan dalam talian.

“Biasiswa ini membolehkan kita untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menyokong pelajar di dalamnya, memastikan mereka mencapai potensi penuh dan memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat.

“Ini merupakan komitmen kami untuk memupuk, mengembangkan dan mengekalkan bakat terbaik sehingga dapat mengembangkan tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran untuk membolehkan kami mencapai visi pertumbuhan dan kemakmuran yang mampan untuk Sarawak,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2021 02:58 AM | Show all posts
Terimakasih SEB ... moga usaha ini terus berterusan ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.321027 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list