View: 1875|Reply: 3
|
[Borneo]
UKM tidak naikkan yuran
[Copy link]
|
|
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak menaikkan kadar yuran bagi penuntut yang akan mendaftar bagi sesi 2021/2022 atau masih menuntut di universiti berkenaan.
Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsanya, Profesor Dr. Mohammad Kassim berkata, keputusan itu sebagai tanda keprihatinan UKM dan memahami situasi semasa terutamanya pelajar dari golongan B40.
” Oleh itu, UKM memutuskan tiada sebarang perubahan yuran pengajian kepada semua pelajar termasuk pra dan pasca siswazah tempatan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad sebelum ini mengumumkan berita baik buat pelajar Universiti Awam (UA) bagi Semester 1 Sesi 2021/2022 apabila kerajaan menawarkan pengurangan yuran pengajian 20 peratus.
Mengulas lanjut, Mohammad berkata, keputusan UKM juga selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan Tinggi pada September lalu.
” Oleh itu, UKM mengurangkan yuran pengajian sebanyak 20 peratus bagi kemasukan semester 1 sesi akan datang,” katanya. – TVS
|
|
|
|
|
|
|
|
moga banyak lagi IPT atau memana sekolah mengikut jejak langkah UKM ni ... sebab ramai yang terjejas pendapatan sepanjang pandemik ni ....
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 4-10-2021 06:47 AM
moga banyak lagi IPT atau memana sekolah mengikut jejak langkah UKM ni ... sebab ramai yang terjejas ...
Dengar2 mcm UM yang naikkan yuran kan? Tapi student2 buat kerja sampai UM cancel kenaikan tu.. UTM taktau apa cerita, itu pun selalu jugak nama naik tu sebab yuran mahal... Maybe Majlis Perwakilan Pelajar dia kena keras lagi buat kerja...
Pengurangan 20% ni untuk pelajar baru je lah kan? |
|
|
|
|
|
|
|
ha`ah ... FC baca pun gtu ...
sian lah keluarga yang kurang berkemampuan kan ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|