View: 2280|Reply: 4
|
[Sarawak]
Curi kipas bapa, anak dipenjara empat bulan
[Copy link]
|
|
KUCHING, 7 OKTOBER: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahmakah Majistret di sini selepas didapati bersalah mencuri kipas bapanya.
Tertuduh, Zairiman Zada Shelsada, 29, didakwa mencuri sebuah kipas meja milik bapanya, Shelsada Lalzada, 59, pada 22 Jun lalu, jam lebih kurang 6.30 petang bertempat di kediaman mereka di Taman Riverview, Jalan Daya Bintawa, di sini.
Zairiman mengaku bersalah di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi, sebaik pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapnya.
Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga sepuluh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan, bapa Zairiman melihat anaknya mengambill dan membawa sebuah kipas meja dengan meletakkannya di dalam sebuah beg hitam, sebelum keluar menaiki motosikal miliknya namun tidak membawa pulang kipas tersebut selepas pulang ke rumah.
Bapa Zairiman (pengadu) kemudian mengesyaki anaknya itu (tertuduh) telah menjual kipas tersebut yang dianggarkan bernilai RM50 lalu membuat laporan polis.
Zairiman dikatakan mempunyai kecenderungan mencuri barang-barang milik pengadu dan ahli keluarga lain untuk membeli barang terlarang dan bermain judi atas talian.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
TvS
|
|
|
|
|
|
|
|
Uniknya nama anak beranak ni.. pertama kali la dgr.. |
|
|
|
|
|
|
|
dan tiga2 ... termasuk majistret nya ada huruf Z ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
walaupun sekadar kipas meja ... dah geram sangat la bapak tu ... abis barang nak d jual untuk dadah dan judi ...
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 7-10-2021 04:39 PM
dan tiga2 ... termasuk majistret nya ada huruf Z
walaupun sekadar kipas meja ... dah geram sa ...
Ya... Baru perasan.. haha
Bapak tu dah tak mampu ler tuh nak buat apa2 dgn anak yg mcm tu.. dah jadi tebiat.. |
|
|
|
|
|
|
|
nama atok nya skit jer lagi nak jadi .. buang "L' ![](static/image/smiley/default/3sweat.gif)
kata orang ...
dadah dan judi ni ... bila dah jadi ketagih ... payah tu nak buang perangai tu ...
umur dah 29 .. moga dapat berubah la bila keluar tu nanti ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|