CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3224|Reply: 1

[Terengganu] 52 individu ditahan hadiri mesyuarat pertubuhan haram

[Copy link]
Post time 10-10-2021 09:25 PM | Show all posts |Read mode
52 individu ditahan hadiri mesyuarat pertubuhan haram
RUBIAH OMAR | | 10 Oktober 2021


Mesyuarat yang dihadiri 52 individu di sebuah hotel di Kuala Terengganu pada malam Jumaat. - Foto Ihsan PDRM


KUALA TERENGGANU - Enam wanita antara 52 individu yang ditahan ketika menghadiri mesyuarat sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) di sebuah hotel di sini pada Jumaat.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, dalam serbuan kira-kira jam 9 malam itu, kesemua yang ditahan berusia 16 hingga 52 tahun.



Mohd Marzukhi

"Pemeriksaan awal dan soal siasat ke atas individu yang ditahan, mereka mengaku menghadiri mesyuarat melibatkan satu pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah RoS.


"Polis kemudian merampas barang-barang berkaitan dengan kumpulan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.


Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati enam daripada individu yang ditahan positif dadah jenis methamphetamine.


Menurutnya, tiga daripada individu yang ditahan merupakan ketua pertubuhan yang menggelarkan diri sebagai 'Ayahanda' dan kesemua mereka yang berusia 30 hingga 35 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah kekerasan dan narkotik.


"Modus operandi pertubuhan ialah ialah dipercayai menjalankan kerja-kerja menarik kereta yang mempunyai bayaran tertunggak di bank atau 'reposessor'. Seramai 36 individu yang ditahan telah direman selama empat hari bermula Sabtu," katanya.


Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).


"Jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh dipenjara tidak lebih dari tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000, atau kedua-duanya sekali," jelas beliau.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... at-pertubuhan-haram
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2021 09:44 PM | Show all posts
mushkil btol group nie...ayahanda kanda dinda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.042473 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list